Tuesday, November 30, 2010

sori naik lori la...

ok-ok.
dah naik pun. lori DBKL lagi. so xcited. lupe nk amik gmbr. haris n nida lagi la jakun...tak duk diam langsung (hish, nak jugak salah kan budak kecit tu).

saya dapat naik lori DBKL, kamu ada???

p/s : excited lebeh smpi kecoh kat FB, sapa yang jakun sebenarnya ni. Haris & Nida atau ciksu nye???hmmm...pikir-pikir la sendiri

Saturday, November 27, 2010

dating lagi

sudah semestinya dating secara berjemaah dengan girlpren2 saya lah. siap bawak bekal lagi weh. bukan main lagi erk budak-budak ni. saya memfollow jer. balik keje tengok-tengok dorang dah siap masak...dah siap prepare barang-barang. tapi sampai-sampai sana..alamak, tikar lupe bawak plak...

~putrajaya~

Friday, November 26, 2010

bali...

hehe..sekali limau bali daa. opismate bagi td. ok la kan, tak dapat pegi bali, dapat makan limau bali pun ok la...

limau bali bukan dari bali pun. kat mesia ni, kat perak la ade limau bali.dekat tambun sana tu.kan...? kan? yang ni pun sure dr tambun sana la...

~lunch hari ni~

ape pun tatap syukur.ade gak makanan.nak kuar pegi makan sgt la al-malas...

Thursday, November 25, 2010

anak-anak redimade

tiba-tiba aje.teringat dan rindu pulak kat anak-anak redimade saya. ni seme gara-gara angah pegi post vc gelagat baby kat fb. kelaka sungguh vc tu. baby tengah bergayut kat akar pokok tepi sungai smbil buat bunyi org utan...wei baby mu anak org utan ker?

~Qamarina (baju pink-kakak) & Najihah (baju oren-baby)~

ni anak-anak redimade saya =P
kenapa? sebab kalu tanya dorg ni anak sape. msti dorg akan cakap...'anak ciksu la...' huahaha....hepi siotttt...
tak payah susah-susah nak kawen, susah-susah nak pegnen, susah-susah nak deliver...tup-tup dah ade dua doter..nice what...
pastu anak angah yg laki tu pun...'abe anak ciksu jugak'...owh, ok2. ciksu ade 1 son jugak...
meh2.hug-hug kiss-kiss...huhuhu..rindu kamooo seme laaaaa...

(dulu si kakak tu nak panggil saya 'ibu', huh xnak la...geli! penah dia panggil cmtu, ms tu kat spital. smpi ade sorg macik tu pelik tengok.yelah sayakan muda bena lagi ms tu tapi anak dah umo 3thn..siap dia tnya kat mek saya ..huahahaaa...lps tu no more call me 'ibu')


minggu lepas saya call angah.dia tgh baca quran.pastu dia pass call kat qamarina

qamarina : assalamualaikum ciksu...(mmmg skema, memula la.kadang2 ciksu tu jadi cikgu.)
saya : waalaikumusalam kakak (skema jugak)
qamarina: ciksu nak balik ari gapo? (buat sore sedih dah tu)
esk kan raya...
saya : erk...ari sabtu (ntah sabtu bile tu tataw la )
qamarina : a..laaa....ciksu, ibu beli kek hari jadi long.
saya: basi doh harijadi long.oyat ko ibu, ciksu kato basi doh...
qamarina : dop..dop basi lagi.ibu baru beli. bla..bla..bla...(sore sedeh dah tu)
hahahaha.best weh buat dia nanges. ye lah bday abg nye dh lepas.nak wat cmner ibu bz manjang.bday anak pun lupe.
ok dah bejaya buat si kakak nanges, saya ckp dengan baby pulak..

baby: hi ciksu.(dia ni mg sempoi skit)
saya : hi baby.
baby : ciksu duk mano?kololupo ko?
saya : ye lah.meh la baby umh ciksu.
baby : ciksu, nati beli kek ben10 deh. kito make duo jah...
saya : ok, nati ciksu beli
baby : bla..bla bla..(dh lupe bebel ape)
saya : bla.bla (lupe gak bebel ape)

sian baby,aritu mtk kek barbie.tak dpt gak.ni kek ben10 lak. yelah2.nti blk ciksu beli erk...ntah bile la.plan blk kg, CNY TAHUN DEPAN...=).skg ni tgh bz dgn agenda yg pelbagai...

(dia pegi umh mek, ckp kat mek, saya nak beli 2 bijik kek. alamak,dia igt lagi ke psl kek barbie tu.hahaaa....)

p/s : yg besar tu bukan anak saya, tu angah saya, mak anak-anak saya lah!

Wednesday, November 24, 2010

Hadith Riwayat Hakim & Thabrani :

Nabi SAW bersabda :
Berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapamu, NESCAYA anak kamu akan berbuat baik kepada mu...

[31.14] Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

Monday, November 22, 2010

trip with gf

~20.11.10~
~Port Dickson, here i come...~

sampai PD dalam kul 1pm cmtu. lepas check in kat corus pegi teluk kemang. memula nak beli topi jer tapi terbeli t-shirt pulak. lima2 beli t-shirt i luv PD ni.colourfull...

balik bilik. makan-makan dan tido...ngantok seh. yelah pg tadi kan bangun awal. lepas subuh saya masak-masak. Chik rekues nk bihun singapore.katenya, 'tak boleh nak pegi singapore, makan bihun singapore pun jadi lah'. Pandai ko bodek eh...

pukul 5.30pm baru la turun laut. huahaha...matahari pun dah balik weii. yelah memasing takut sunburn. keji jer weiii.

tak PD la kan kalau tak nek banana boat ni. best! my anak hajah tu memula takut, pastu xde makne nye nak takut. dia yg lebih xcited.
malam pulak, dengan selamba nya buat bbq kat beranda bilik. ni kes malas nak turun pantai malam-malam. lagi pun nk tgk tv...ala, mmg dah malam pun.dah kul 10 lebih baru nak masak. so sanggup angkut batu bata ni naik...ni saya dan linda yang angkut naik. siap luka2 jari...

esoknye, lagi keji tau. tak turun pantai pun. dorg seme tido...jerk. saya pulak tak kuasa la nak turun sorang2. jadi saya pun join la dorg seme tido...

lepas check out, linda pegi pulak jumpe adik dia kat nursing college. dan last minute decided pegi melaka jumpe khairin.

gerak pegi melaka, carik umh kawan saya dan konvoi pulak pegi umbai. makan ikan bakar. memasing memang kelaparan. dah kenyang. dah nak balik baru ingat pasal kamera..hegeh-hegeh!


~malacca-21.11.10~

pegi banda hilir. jalan-jalan.kepenatan dan rushing pulak nak balik usj. dah kul 7pm pun...haih.

~my bff yang dah jadik org Melaka~
jumpe lagi beb. thx banje makan ikan bakar kat Umbai.mudahan bertambah murah rezeki mu n ur husband...


dua hari yang best! plan nakpegi lagi. pegi ramai-ramai plak. tapi entah bile la kan. sbb lagi 2 mgu plan ktorg pegi sunway lagoon. haih, belakang umah jer wei tempat tu...yang dekat tu la susah nak sampai...

Friday, November 19, 2010

emel dr abg...Long

wanita yang di sayangi...

Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Wanita

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan
ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!


Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...

Thursday, November 18, 2010

semayang raya kat masjid rantau panjang, klang.

me-mak-SIL

pagi-pagi saya rushing pegi umh abg kat klang. b4 go, msg abg dlu tnya smyg kul bape. kul 8 am kate nya. so saya pun cepat2 la gerak. haih. dalam half an hour dah sampai rantau panjang...

lepas smyg raya, abg SIL datang beraya. yelah mak dia kan ade kat ctu. lepas tu ktorg plak pegi beraya umh abg long kat jinjang sana. sis saya pun dtg jgk.

tak blk kg pun takpe, still beraya dgn yang tersayang jugak. tapi cian kat mek n aboh la.anak ramai tapi sorg jer ade kat umh beraya dgn dorng. abg ngah blk kg, tapi mebi raya umh k.ngah dlu. big sis raya kedua br blk kelate...dia raya kat spital dlu kutt.

Tuesday, November 16, 2010

aidil adha di sini...

ok stright to da point. saya tak balik kampung. tak balik kelate. negeri serambi mekah tu. saya raya di bumi selangor saja.
sedih? tak la...ofkoz tak. saya yang pilih tak mau blk. nape? ...
sebab...saje nak rase raya kat sini. ala raya di mana-mana sama jer. ye tak?...(ayat penyedap ati).

eh esok nak pegi raya umh abang ker? alala..msti jadi bahan gelak!
tengok mood la yerr....=)

salam aidiladha seme...

Monday, November 15, 2010

sabar, tak salah...

ade yang menanti pada 6,7 dan 8 Dec nanti...
owh tak sabar eh.
tak sabar juga nak cite, tapi kena sabar sbb tataw nk cite ape...

ok. sabar la ni...

CKT Sec 27 Alam Megah

memang maveles la CKT kat ctu.
location, sec 27, Alam Megah Shah Alam. senang jer kut nak cari tmpt ni, tepi jalan. area parking lot, depan kfc alam megah...

seyes sedap. try la...
tak sempat snap. sbb kelaparan teramat. lagipun mmg tak bwk cmre. cmre hp? arr tak smpt daaaa

ade gak gerai makan lain. nasi lemak ayam rempah ( pun sedap). dah try jgk..=)

Friday, November 12, 2010

dah abes pun cite ni...

skrip bagus. (bagi saya lah, tak paksa anda jugak kate bagus)
terasa insap ...

'siapalah kita untuk menilai dan menentukan siapa yang layak ke syurga atau siapa harus ke neraka'
hai...baru pas minum nescafe. makan biskut. mak wan tak jual kueh ari ni. so layan biskut je la.ape pun tetap bersyukur. ade gak makanan utk di makan...korang bekpes ape ari ni?

saya tengah fokus buat keje ni. lay komik komsas (komponen sastera). arrr sangat mencabar minda dan kesabaran. rase macam nak koyak jer manuskrip n drawing komik ni...(ade tak sape-sape nk tolong koyak kan! =) )

dah beberapa hari bahan komik ni menyepahkan meja saya. huh. meluat seh!

Thursday, November 11, 2010

kun fayakun

Bila Allah menyebut kun fayakun(jadilah maka terus terjadi) harus redha dan akur dengan segala ketentuannya...

kadang-kadang berat sekali untuk menerima ketentuan yang tak sekata dengan kehendak hati.

Wednesday, November 10, 2010

lagu kenangan zaman sekolah

hari ni mud nak layan hotfm. nak dengar suara fafau, fbi n ag. harini dorg 3 ni tanya pasal lagu kenangan zaman sekolah. so saya pun terpengaruh la. nak lagi lagu kenangan saya ni termasuk lam list dorg tu...sambel buat keje dan membizi sempat gak saya cari lirik lagu ni. meh layan sesame...

lagu ni mengingatkan saya pada seorg kawan-suria syahara. dia nyanyi masa malam kebudayaan camping pengakap sekolah rendah. klu tak silap tahun 1994. masa tu dia darjah 4 femes dia malam tu...sonot eh!

Sesekali ku rasa teringin
Melewati hatimu yang dingin
Mendengar keluh resah
Semenjak kau kehilanganku

Tiap kali ku cuba hampiri
Makin deras degup jantung ini
Diranjang kian sepi
Ku sendiri...

Sesungguhnya tewas menghadapi
Malah ku akui sepi menghantui
Paling tidak berilah peluang
Ku berterus terang

Adakala ku rasa teringin
Bermesra denganmu bagai waktu dulu
Tapi bilakah semua ini
Akan jadi pasti bukan lagi mimpi
Kasihani diriku...

Ku wanita dengan airmata
Bukan untuk meminta simpati
Sekadar melepaskan
Rasa hati....

Ku mengharapkan...
Jendela hati...
Terbuka lagi...
Oh.. oh.. oh...

Lagu :Teringin

Artist: Shima



saya nyanyi lagu ni masa hari guru kat sekolah rendah. tak igt la masa darjah 5 ataupun darjah 6. ntah pape jer tau.haha,,,tak plan pun tetibe jer pegi offer diri nak nyanyi. kebetulan saya hapal lagu ni. jadi belasah jer lah. giler tul! layan jer weiii....takde maksud pape . mungkin masa tu terpengaruh dengan angah saya kutt...


Berapa lamakah lagi
Terpaksa aku menanti
Sehingga pedihnya penyiksaan di hati

Bukan hanya kepentingan
Malahan keegoan telah ku korbankan
Berlimpahan kasih sayang... aku curahkan
Buat mu seorang...

Kiranya semua itu
Tak bermadai bagi mu
Apa sebenarnya yang kau mahu
Ku tak tahu...

Kau hilang bila ku tiba
Kau datang bila ku kecewa...
Terasa diri...di persenda...
Dimana berakhirnya nanti
Permainan sendiwara mu ini...
Sesungguhnya aku... tak mengerti...

Jika benar cinta itu buta...
Butakah mata ku...
Berkali terluka masih jua... ku merindu...
Apa yang ku inginkan...
Cuma kejujuran dalam perhubungan...

Jika itu tiada...
Apalah ertinya...
Penantian ini hanya sia-sia

Butakah Cinta

Artist: Spring

menjawab lagi saya...abes laaa.kantoi sudaaa

1. Apa yang sedang bermain di fikiran you all sekarang?
1-projet baru yang tak best niii...haih! kena buat jugak...
2-hari raya qurban n frendship vocation
3-lappy
4-company trip


2. Apakah nama samaran you all?
misscrab83...

3. Sekolah ?
Sekolahku Syurgaku

4. Berikan 3 orang you all sayang ?
haji mat husin awang
hjh siti meriam awang noh
rakiah mat husin


Panggilan untuk si dia?
awak
b

Hadiah yang u all impikan daripada seorang yang istimewa ?
duit maskawen

Blog mana u all suka visit ?

Tagkan
kepada blogger yang you all nak
my follower...(Buat kawan-kawan yang sudi untuk membuat tag ini, anda adalah sangat-sangat dialukan ..)

Monday, November 8, 2010

Kebahagiaan dalam perpisahan

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Chorus
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti


Lirik Lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan
atris : Shahir AF8

agak touching bile dgr lagu ni.
meh dgr same-same...

new look...

baru saje siap menukarkan kaler backgroud n membuang slot komen kat bawah tu...ye2 dh tade komen klu nk type pape pegi jer kat shoutbox tu. ok jer kan....


motip apakah ini?
arrr saja jer ...terasa tenang skitt kut menatap menda putih suci ni...
kalau la muka saya pun putih suci macam ni...(berangan jer la)

hepi 20th enniversary

ni pun dah terlewat. arrr lupe la...

hepi 20th enniversary
Haji Ezani Jaffar & Hajah Fatimah Mamat
semoga terus berbahagia abg long n kak long...








diam tak diam...dah 2o tahun abg long kawen erk...yelah ank sulung dia pun dh kat matrikulasi skg ni. pantas sungguh masa berlalu...

tahniah ...

well mungkin agak terlewat tapi tetap nak wish jugak...
tahniah untuk kemenangan BN ni Galas n Batu Sapi...

HIDUP UMNO!!!

Thursday, November 4, 2010

nasib-nasib...

semalam lepas keje terus pegi ioi mall puchong. dekat jer dengan opis.
tempat pertama saya tuju..watson.
pastu gf msg
chik : kat mane?
saya : watson. weh ade jp kedai hypershoe x?
chik : aku kat reject shop.
saya: tgu ctu la.
saya: wei kat mane ni? bgn baru ker?
chik : xla, ko cari je kat tgkt bwh.
saya: mane ko ni. main2 aku cubit karang.
chik: oldtown
saya : oldtown dh ni. mane korang.

pastu wana call....
wana: depan ni la...reject shop
saya: mane ade reject shop. kat luar ke dalam.
wana : mana ade luar.dalam la...
saya : wei korang kat ioi ke kat pyramid ni?
wana : summit . summit...
saya: hotak korang...aku kat ioi ni...sengalllll. cik mana cik...aku pijak jgk la.. korg ni tauuuu
wana: hihihi....mn tau. chik engage...meh cini meh...ktorg tgu. tiket dh beli ni...
saya: ye la aku pegi. hampeh tau. dah la lapa ni...siap korg!

saya laju2 pegi summit. lapa n penat ni tawaf satu ioi dah...
sampai summit . ade msg dr chik.
chik : cmne leh salah info ni?
saya : siutt jer tau. lapa ni wei. korang kat ne? aku dh smpi ni.
chik : MPH

saya laju-laju carik dorng....
jumpe jer. ters gelak...eii rase mcm nk pijak2 jer taw...hampeh. nsb baik la korg ni kamceng aku klu tak aku majuk dah tau. dah la buli aku tgk cite mak jan tu...eiiii.
dorg ni biase pegi summit sbb dengan opis dorang. saya pulak biase pegi ioi sbb dekat dgn opis saya. tapi semalam lupe la tnya sebab hari selasa tu saya dh mention nk pegi ioi hari rabu....

enjoy da movie.abis cite pegi makan dan blk...
sampai umh trs mandi.xcited sbb tadi beli shower baru.olay purple...hmmm best!

camtu la cite nye. klu dah sengal. kawan pun dgn si sengal jugak. padan la korang....

p/s : my bff blk kg dgn my anak hajah. sorg blk mengundi sorg lagi blk inteview inspektor. wish u luck my frend n mudahan BN menang besar hari ni. hidup BN...=)

Amir oh Amir

saya kenal amir dah lame. dari sekolah rendah lagi la.masa saya darjah 6 dia darjah 5 kiteorg main hoki utk sekolah. tapi tak kawan pun. dia tu mana la becakap dgn popuan weiii...

hingga la masa saya form 4, dia baru abes PMR. dia tegur saya...memula wish gud luck.masa tu saya tengah exam akhir tahun. lepas exam dia tgr saya lagi. tnya nama saya ehhh ko ni...saya cuma tunjuk kan nametag saya. then dia mintak alamat umah, no tel dan birthdate saya...haih...dalam hati berkata-kata...'mamat ni mamai ke ape tetibe tegur aku ni"...
saya pegi library dan tulis ape yang dia nak cuma saya tak bg birthdate jer...saya mintak alamat dan no tel dia jugak....

cuti sekolah bermula....masa tu start.haha..sgt suke la.
dia mula call. tepon umah jer la.mn la ade hp ms tu. tp dia dah pakai hp mak dia punya la...
start guna khidmat posmen bergaji...huaha....sonot. memula dia bg kad. saya cakap tak dapat punnn...hahaha.pastu dia hantar kad lagi. best kenakan dia. saya cite kat angah.masa tu angah ade kat umah. makcik tu baru abes blaja dan menganggur kat umah. amir pesan jgn bg org lain baca nanti dia malu, tulisan buruk. hehee...sori i dah terbagi angah baca la.awk lambat pesan.huhu...

habis cuti sekolah...
saya form 5, budak form 4 belum masuk. saya dah start cuak. saya tak cite kat kawan baik sbb saya malu. takut dorg tak caya pulak...amir tu stok best student. budak baik-baik..saya ni pulak....haih. 'ku sedar sapa la diri ini...'

bile budak-budak form 4 dah masuk...alamak masa tu cuak lebih dah.segan wei. dah la dari kelas dia boleh nampak kelas saya. adoiii ya...ok2 stay cool...saya cite jgk kat kawan...gedik woh!
dia wakil sekolah main bola sepak. saya bola jaring. berkongsi padang time training. selalu intai-intai dari jauh.gatai...pastu malam call, ejek-ejek...hahaa.sweet weiii.

result PMR kuar. result Amir bagus. dia dapat masuk MRSM k.terengganu. sedih campur hepi la...lega dah xde org nak intai-intai saya lagi. =) sebelum pegi dia bg saya pen. tanda persahabatan. saya bagi dia walet.kire hadian bday dia walaupun dah lepas. saya baru tau la... ala murah jer wei. itu jer yang mampu. angah yg tolong pilih kan...

berjauhan...dia selalu call. 3 kali seminggu. isnin petang dalam kul 5.30, rabu malam dalam pukul 9.30 pastu sabtu petang dalam kul 4.30. macam tu la. saya memang hapal...
surat menyurat pun tak putus...dia guna envelope sekolah dia, cis kakak saya pegi baca pulak. dia tu mmg dengki. dah la surat tu....haih.malu lah.hikhikhikhik...tp saya suke!

jumpe pun time cuti sekolah jer la. nasib baik saya ade klas tambahan jadi leh la jumpe jap kat sekolah. dia bagi hadiah bday ke 17...kasut kecit.cute sgt.masih ade saya simpan.kad dia pun ade lagi...

lepas saya SPM turn dia pulak SPM. masa tu dia dah jarang-jarang call. surat pun jarang-jarang. emel pun ade satu dua. ok saya faham.dia nak exam.lgpun jadual kat mrsm tak sama dgn jadual saya kat sekolah menengah harian ...ok saya mmg faham. saya pulak masa tu masuk form 6. pegi duk hostel. malas nak ulang alik.highskul tu jauh banyakl ari umah.kat pekan bachok..

lepas dia spm, saya pulak upper six. dia langsung tak kontek saya. last saya jumpe dia masa mak ayah dia nk pegi mekah...
dia masuk matrik kat sepang. tu pun kazen saya bgtau....

dia habis matrik. saya pun dah lepas stpm. tetiba dia kontek saya balik. perh...menggigil saya jawab call. ktorg ade jumpe tapi dah segan-segan...saya masih suka dia...

dia sambung belaja kat melaka. saya kat kl. hubungan ktorg kembali baik...=) tapi saya tak pasti kesudahannya...

hingga la saya abes belaja, dia belum. dia tukar kolej. pegi belaja kat bangi pulak. januari 2006 dia pegi bangi saya pulak balik kelantan...

hujung tahun 2006, dia upload gambar dia dgn popuan lain kat fs. dia cakap tu gf dia. bila saya tanya psl ktorg dia cuma cakap...
'masa saya nak awak, awak tak nak saya'

'bila masa saya tak nak awak? tanya saya
'takpe la awak...dah berlaku pun' itu saja jawapan dia...
ok fine...saya tetap cool. saya masih kawan dengan dia sampai sekarang. sebab dia tak penah sisihkan saya.dia tetap ada untuk saya.thnx amir...ape pun kite tetap kawan.

kerana Amir saya baru confident nak kawan dengan lelaki...ini benar!

actually panjang kisahnya. saya ingat-ingat lupa la..surat-surat dia rasenya masih ade.saya simpan kat rumah dalam almari baju saya. tu pun kalau anak sedara saya tak selongkar. tapi si farhana penah sebut nama Amir. (haih budak tu baca surat saya ke?) pen tu mmg dah ilang.ank sedara saya buat main tinggal kotak nye aje.saya siap mengadu kat mek lagi.t api benda dah takde.meratap macam mana pun dah takkan dapat balik pen tu. memang boleh beli lagi tapi dah tak sama. jadi saya reda je lah. apa pun saya tetap cool...
kepada Amir yang baik ...thanx & sorry for everything.

hmmm awk pun dh break off dgn dia tu. mebi macam tu jgk la macam saya dlu yer. masa merubah segalanya...

Amir oh Amir...

1st Lucky Draw by Atie Aizam

thnx to rara...
1st time buat ni tataw la betul ke tidak....


1. Anda mesti seorang blogger
2. Anda mesti merupakan follower atieaizam.blogspot.com
3. Anda mesti mempunyai alamat di Malaysia
4. Buat entry bertajuk: 1st Lucky Draw by Atie Aizam
5. Mesti letak banner 1st Lucky Draw tu yer kat entry anda
dan linkkan ke blog ni
6. Kat sidebar pun, jgn lupa letak banner ni dan perlu linkkan juga
7. Tinggalkan link entry anda di komen box entry ini saje
8. Tag sorang kawan anda atau lebih terpulang pada anda

Tarikh Tutup: 30 November 2010


http://suehann.blogspot.com/

http://zatyezani.blogspot.com/

Wednesday, November 3, 2010

tag...

tq cik rara.

ahahaaa...tataw nk type ape. ok la try jgk.

(sehabis ikhlas dah ni tau)

1) saya...banyak cakap. sila tahan telinga. kalu diam tu tande nye tgh sentap...=) mek n angah paling paham saya...

2) sensitip. cepat sentap tapi cepat cool...gud gurl camtu la...

3) tinggi 153, berat (tak stabil) below 45. tak padan dgn thn lahir 1983...

4) baik tapi egois...pemaaf plg penting!

5) baik hati, baik jantung, paru-paru, baik kaki serta tangan tp otak kadang2 mereng jugak.

6) suka memberi tapi jarang menerima...takpe ikhlas kerana Allah =)

7) suke merambu.huhaha dgn gf. bf pun boleh la...

8) suke lewat2 kan solat. selalu kalah dengan pujukan syaitannnn....

9) suka makan minum serta malas makan minum

10) paling suke tido dan buat keje last minute

11) nak jugak simpan rambut panjang walau gugur byk mcm pengidap lukemia dh ni

12) agak penyabar tapi tak jugak.saya cuma manusia biase....

13) kadang-kadang mandi sekali je dlm sehari.jimat air maaa...

14) degil, mengada tapi dengan kakak2,abg2, mek n aboh jer la berani tunjuk dgn org lain takk laaa

15) peminat setia dato Ct...terasa sedeh gak bile org kutuk dia...huhuhu...tak bek kutuk org tau!

16) sudah jatuh cinta tergolek dgn futsal biarpun tak reti sepak.main terajang jelah weii.belasah jer.

17) dah tade feeling dgn dia.sob.sob.sob sori k!

18) rider. dh 4 kali tergolek. tp alhamdulillah msh selamat...

19) nama rakiah. boleh pgl rakiah lah...=)

20) penah travel sorg2...poyo lebeh smpi medan tu ade kawan amik la...byk la keberanian ko cikkiah oiii...penakut n pengecut jugak la...

21) cinta saya adalah kepada seisi keluarga dan diri sendiri serta kepada pencipta. tetapkan hati saya kepada -Nya

22) pencinta kaler orange tapi biru tetap di hati...

23) belum redi nk kawen...

24) kadang2 tak jugak jujur, menipu, hipokrit...saya cuma manusia biase!

25) tapi list ni betul tak tipu....=)

ok siap 25.nway byk lagi kutttt...huahaaa.

Tuesday, November 2, 2010

saat ni

sekarang ni pukul 4.27pm. haih hati sudah berkira-kira mau pulang.bodyache.headache.penat-penat.

hari ini ade badnews.berita gempak. memula...
amoi dapat call drp opis ipoh. arr..pasal buku pengantar penyelidikan tu...
amoi cakap buku tu tade content. haih...cepat-cepat dia pegi tgk kat store.yelah mmg tade. cuak gak. laju-laju saya check kat system. ade jer. saya dah upload seme file on 21st oct. buku tu dh lonching mgu lepas tapi org sini takperasan =(. molek belaka kan....

trs cll tmpt printing. mmg salah dorg...

now dorg mtk file tu jadikan 8 pages. heh ape menda nk tambah ni. tgu mr ian blk opis!. sbb saya dh blurrr...

Monday, November 1, 2010

Syurga Di Hati Kita

Kucari di mana
Kau letak hatimu
Kerna bersamaku ada penawar nya
Hanya kepadamu tempat ku mengadu
Usah kau berpaling dan terus membisu

Sememangnya lidah
Tiada bertulang
Namun itu bukan alasan berdiam
Percintaan ini, kita memilih nya
Kesilapan hanya suatu perbandingan

Kekasih...
Cintaku ibarat rimba
Andainya dibakar
Tinggallah debuan arang
Siramlah dengan kata-kata saktimu
Semoga asmara berbunga ke akhir nanti
Bagiku engkau...permata hidupku
Inilah ujian buat kita

Berjanjilah... kan setia kekasih padaku
Kita bercinta hingga ke pintu syurga
Sinarilah asmara di mata dan di jiwa
Hidupkan cahaya cinta selamanya

lagu : Syurga Di Hati Kita
Artist: Ziana Zain

p/s: lagu lama yang pernah saya suka.semalam terdengar kat suria.fm. trs cariklirik dia....saya suka lagu ni.suka....dan suka =)

Cintaku ibarat rimba
Andainya dibakar
Tinggallah debuan arang

girl outing...

bile dah keluar mmg tak reti nak balik awal la budak-budak ni tau.
haih budak lagi ker.dah layak jadi mak budak pun korg tu weiii.
tak termasuk aku la yer...i br 19 tau..hehe. semalam pegi ole-ole kat sec 18 tu, kakak kat kedai peace tu ckp aku umo 19...=) nice what...


p/s : nanti saya smbung cite....now is bizi...