Monday, February 28, 2011

hari tidooo...

uwa waaa...ari ni kan. tido aje.
pagi lepas bekpes. sangat mengantok. baca novel yang wani kasi, ai terus tetido...


hari ni bekpes nasi impit smbal ikan. perh sgt sedap! ai beli jer...kebetulan si budak baby tu tak nak pegi skul lps tu dia melalak pulak. dengan hancing tu ai tukar kan baju dia bawak pegi kedai.


dalam kul 10.30 macam tu ai bgn. buat keje ape yang patut...mek suh ai rebus ubi badak. ubi yang besar tu...tengah kupas, terhiris tapak tangan pulak. kedian ai masak.
dah masak mek komplen tak lembut sbb besar sgt. pastu aboh cakap ai rebus tak tutup periuk. erk..ai tnya balik kat mek, kena tutup periuk ker? ngeee...mek cakap "mesti kena tutup sebab rebus. kalu tak tutup jadi celur nama nya.."
ngeeee...mana ai tau...


lepas lunch ai tido lagi. nak tengok cite marimar, tapi baby nk tengok kartun so ai tukar chanel dan ai pulak tetido...kul 6 mek kejutkan solat asar...


angah ai balik kiteorg pegi ladang tanam jagung. insyaAllah lagi 2,3 bulan leh makan jagung...ngee sonot!


malam ni plak ai plan tak moh makan. eiii tapi lapar ni.

bejaya kah ai skip lunch malam ni? ngeee...pipi dah kembung ni. perut dah belapis. lemak dah belipat ni...ngeeee..seram dowh!!!

Sunday, February 27, 2011

1st time bawak mek pegi check up

hari ni 1st time ai bawak mek pegi check up dan juga 1st time ai akan pegi hospital tengku anis, kat pasir puteh. owh bandar pasir puteh tu memang ai tak bape familiar lar...
ai just follow cakap dari mek. ah dia pun tak bape sure. selalu mek pegi dengan aboh atau angah, so tade la mek nak hapal jalan bagai. nak tak nak kena jugak benti tanya org. nak call angah, tade kredit pulak.
finally ai jumpe jugak. masa ai sampai dalam pukul 9.30. pegi regester, no gilran mek 97. masa tu baru 40 ebih macam tu. perh...dekat 50 org nk tunggu ok!
dalam kul 12.30 macam tu, sampai turn mek. ai teman kan mek masuk jumpe dokter. lepas xplain lebih kurang psal kesakitan yang mek alami skrg, dokter tu cakap itu adalah kompilasi daripada penyakit diabetes mek...dokter tu siap brefing ai skali...ok2 doc ai paham...nanti ai akan jaga mother ai.
haih mek tu la. dia ske sangat minum instant coffee tu. masa tengah tunggu nak amik ubat, ai stori skit kat mek. ade jer alasan dia tau...otw balik snggh pasar pasir puteh, mek nk minum. ai belikan milo ais, so mintak kurang manis. bile ng mek minum dia cakap tawar. tak sedap. ...
makan minum langsung xnak pantang. mek cakap, pantang pun sakit jugak. so???
malam ni mek suruh ai call abg spupu. mintak abg sepupu bawak balik akar kayu, mek cakap nak minum tu pulak. dah jemu makan ubat spital katenye....
ai akan buat ape yang termampu. ai tak mau kehilangan mek dan aboh. itu nyawa dan nadi ai...
mudahan mek ai akan sembuh....

Thursday, February 24, 2011

Mithali kah aku?

bile mek ai mintak ai blk kg, ai terus setuju. ai hantar resign letter. lagipun ai mmg sudah plan mau quit dr cmpy tu after 3years ai kat situ.

tiada sesiapa pun mempengaruhi ai...kakak ai cuma sampai kan pesanan mek. actually mek ai bukan la teruk mana pun. biase la org tua. selalu sakit. tapi mek more to sunyi la. sebab kakak ai kan dh pindah duduk umh dia sendiri. so kat umh ni tinggal mek berdua dgn aboh jer. dalam famili cuma tinggal ai yang masih single ...dan ai dengan rela hati balik...

lagipun bukan ade tanggungjawab yang sangat penting di sana tu. setakat kerja dengan gaji yang tak seberapa ni, agak tak berbalaoi pun. memula tu memang agak berat hati nak tinggalkan kawan-kawan terutama linda. sebab ai yang ajak dia duk usj dengan ai 2 tahun lalu .tapi panggilan pulau ni tak boleh ai abaikan. sori my dear linda...jgn risau la, sebab kawan-kawan yang lain ade untuk temankan dia.

linda merajuk jugak dengan ai.lepas hantar ai naik bus, ai text dia tapi dia xreply. ank buah ai yang reply, dia ckp linda nanges...ntah ya ke idak ai tataw la...memang dua tiga hari tu dia asik duk pujuk ai, jangan balik dlu. nak pegi broga lagi katenya...esok nya ai text lagi, dia xrply jugak...ai text kawan-kawan yang lain.

dua tiga hari lepas tu, ai dpat call free dari celcom so ai call dia. dia xpick up call ai. ai call anak buah ai, mintak cakap dengan dia tapi dia xmau jugak cakap dengan ai. lame ai borak dengan anak buah ai, pastu borak dengan yang lain-lain kecuali dia er. xpe lah. dia memang senggg skit.ngeee

lepas tu ai dapat call n sms free plak dari celcom. i text dia n kawan-kawan lain. dia reply ...so dh ok dah.mlm ni dia sms ai. ajak g upin ipin (geng corner kat s.alam) saje jer kan....sengg...

i balik kampung untuk teman kan parents ai. itu ade. kawan-kawan ai cakap...
baiknye ko...
mithali nye ko...
pengorbanan besar tu...
berbakti kepada org tua...

alahai...balik kampung duk umh jer pun. org lain pun ramai jugak blk kampung. so biase je la kan...

Wednesday, February 23, 2011

kebun mini mek

Balik dari pantai, sampai umah ai nampak mek kat reban ayam dia yg sekor tu. ayam yang kena cat kaler biru kat kaki. Mek cakap sebagai tanda itu ayam mek. Sebelum-sebelum ni ayam mek banyak dah kena curi dengan jiran sebelah umah. Teruk sungguh! Ayam pun nak curi…

Ai pulak sapu daun-daun yang bergelimpangan depan umah. Semalam seharian hujan. Lepas tu ai melawat mini kebun mek.


kunyit


cili padi. sapa mulut celupar ai ganyang dgn ini..hahaa.acah jer lar :)

kacang botol...

kacang panjang lar. xkan tak kenai kutt...

bunga nasi kerabu (ai xtatau nama saintifik dia) sebagai pewarna nak buat nasi kerabu biru.

daum kesum. bubuh dalam asam pedas . best...!

keledek. tanam dalam pasu jer. senang nak amik pucuk buat ulam...

bayam merah tanam dalam bakul kain pecah. tapi jangan lupe lapik plastik dlu baru la
tanah nyer tak keluar..

petola...kena balut baru leh dapat hasil yang elok

nam-nam. baru nak belajar berbuah. mek kate...

pokok salak...tengah berputik tu..

sepit ketam


kebun mini mek ai...macam-macam ade. ni la keje mek. keliling umah memang penuh dengan tanaman dia. nway banyak lagi tanaman tapi tadi ai dah malas nk pegi snap gambar...lagipun kelaparan dah. lepas makan ai tgk tv. cite full house...

main air laut...

Pagi ni ai bangun. Dah lewat. Dekat pukul 7 dah. Tu pun nasib mek kejutkan. Kalau tak mau nyer terlepas subuh!

Ai cepat-cepat bangun. Lipat slimut. On phone pastu pegi bilik air kendian solat.

Ai charge phone kat luar. Dekat plug tv. Kat bilik ade 3 plug tapi satu jer elok. Ai guna on kipas.

Lepas solat ai cari baju aboh. Baju yang ai beli kat uptown itu hari masa kuar dengan wani. Aboh belum pakai. Sebb baju tu tersorok dalam bakul kain mek. Ai amik dan hanger kan dekat baju-baju aboh yang lain.

Lepas tu ai pegi dapur. Cari mek. Kononnye ai nak tolong mek masak. Tapi bekal untuk pekerja aboh kat ladang siap packing kat atas meja makan. Kat sinki dah ade hampas kelapa. Ai bukak periuk, dah jadi gulai rupanya labu yang ai potong malam tadi.

Ngeee…..mek dah siap masak lar. Cepatnya mek masak! Terkedu ai…

Ai bancuh milo kosong, bawak masuk bilik. Dan tulis entry ni kat buku nota. Lappy tengah cas.

Ai ingat nak sambung tido tapi ai terkenang kain baju ai kat atas belum siap kemas. Ai naik atas, ai godek hp. Antar msg kat cinta2 ai kendian call nyta. Ai dapat sms + call free selama seminggu untuk no xpax, tapi no celcom sahaja. Lepas gayut dengan nyta ai kuar pegi pantai…xjadi kemas baju...

Pegi main air laut, snap gambar siput sedut...tengok matahari terbit.


Sang mentari yang terlindung di balik awan.


Siput sedut (kulit sahaja…)


Ombak kecil…

kenduri umh mak long


kenduri kesyukuran, abg sepupu ai dh dapat pindah balk mengajar kat semenanjung. mengajar kat maktab sultan mizan, besut terenggau.

gulai kawah...nyam.nyam
kecur liur gue...

acar timun

solok lado

selawat ke atas nabi

abg sepupu-ustaz zamri (baju melayu biru ) bukan ustaz zamri kat tv9 tu yerr. kelulusan universiti al-azhar ni..

hidangan lengkap-
gulai kawah. acar buah, solok lado, kurma daging, sambal belacan, ikan masin, agar-agar

alhamdulillah.kenyang...


ai pegi kejap jer. lepas makan n tolong ape yang patut terus balik. mek ai penat. cian dia...


laksa kelate

malam tu masak kuah laksa bersama-sama mek. kanak-kanak riang tu sudah kelaparan...aboh pun sama.

dah siap masak n bagi seme makan, ai kena la kemas dapur...
pastu mek ai datang sebelah ai dia cakap...

mek : bini dia kan pandai masak...
ai : sape??? (penuh kehairanan)
mek :bini aboh kamu lah
ai : ngeeeee...(mek lah tu..)

ni la rupanya laksa kelate. laksa beras...


kena dengan kuah lemak...perh terangkat beb...taruk byk ulam lagi best.
tapi ai malas. letak timun jer la...

Monday, February 21, 2011

persandingan di Springhill Pee Dee

baru sampai neh...sangat panas!


muka-muka kelaparan...almaklum ler tak bekpes pun sblm pegi...

makan-makan pun sempat posing...



staf PM Care



hepi dapat bunga telor.ngeee

selamat pengantin baru mior & saila (red black)
alin dan suami (white)



pakwe baru ker? eh tak la...jiran ai larr. saje ajak pegi jadik driver...
handbag jer baru. anty leah kasi. tenkiu anty...
lepas kenyang makan dan huru hara kan majlis pegi pulak buat kecoh kat telok kemang.
ade org2 tegur ktorg 'eh sopannya dia pegi pantai berbaju kurung'...
ngee..ktorg dr tmpt kenduri la bang...

alin budak kecit e-day...


alin e-day

5 feb 2011.

mjls kawen nya blum plan lagi bile...nway selamat bertunang.

baru bertunang k, jgn nak lebeh2 pulak...

cait...malu-malu

bergedik...itu harus!

Sunday, February 20, 2011

big day Abg Long

tarikh : 4 feb 2011


lokasi : restoran ukir sri anjung, pulau melaka panji kota bharu


doa untuk pengantin :


~ya Allah,


satukan lah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuff dan Zulaikha dan seperti engkau satukan hati Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah. Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan di dunia dan akhirat, Amin ya rabbal'Alamin...



selamat pengantin baru
Muhazam & Najwa...


Friday, February 18, 2011

dah lame xupdate stori...

agak bertasbih la nk on9 katt umah ni. nak upload gmbr ke, nak update stori ke memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.
ade je halangan ...
dalam umah, dengan line yg tak stabil. perh!
luar umah, lappy pulak low battery...

ni jer yg sempat type...

p/s gmbr baru kat fb lynda MG k...

Wednesday, February 9, 2011

Kerna Terpaksa

Kerna Terpaksa aku Melangkah Pergi
Kerna Terpaksa ku Turut Kata Hati
Gementar Tubuhku Dengan Keputusan Ini
Biarpun Pedih ku Teruskan Jua

Di Antara Kita Mengapa Ada Dia
Biarpun Hanya Kawan Biasa
Tapi ku Rasa Berlainan Caranya
Hingga Mencakar Perasaanku
Terpaksaku
Terpaksaku Membuat Pilihan
Mengundurkan Diri Untuk Kebahagiaanmu

Kerna Terpaksa aku Rela Sendiri
Kerna Terpaksa Lalu aku Menangis
Tertutup Hatiku Untuk Bercinta Lagi
Tidak ku Tahu Bila Kan Terbuka

Di Antara Kita Mengapa Ada Dia
Biarpun Hanya Kawan Biasa
Tapi ku Rasa Berlainan Caranya
Hingga Mencakar Perasaanku
Andainya ku Melakukan Begitu
Bagaimanakah Perasaanmu

Terpaksaku
Terpaksaku Membuat Pilihan
Mengundurkan Diri Untuk Kebahagiaanmu

...Kerna Terpaksa



Saturday, February 5, 2011

home sweet home

agak berzikir bile nak on9 kat umah ni.eiii..kehulu hilir usung lappy. seb bek kecit n ringan jer.

maxis berukband punya hal. dlu2 masa baru2 guna xde la seng macam ni. bleh jer on9 dalam umah, sekarang ni pulak macam haremmm jer.

berjanggut nak tunggu. mata macam ngantok ja ni. smbg tido pun ok kuttt. haih. aku dah cun2 nk g KK ni. hari ni anak hajah ku bertunang...