Hidup sihat-cegah diabetes
Apakah diabetes (kencing manis)
Ia adalah satu keadaan di mana kandungan gula dalam darah berlebihan.
Bagaimana Diabetes terjadi
Biasanya takat glukos dalam darah dikawal rapi oleh satu bahan yang dikenali sebagai ‘insulin’. ;insulin’ ini dihasilkan oleh kelenjar yang dipanggil ‘paknreas’.
Dalam penyakit kencing manis, mungkin insulin yang dihasilkan tidak mencukupi atau tindakan insulin kurang berkesan.
Dengan itu glukos berkumpul di dalam darah secara berlebihan.
Jenis-jenis Diabetes
Jenis I
•Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak atau remaja.
•Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawaln pemakanan dan senaman.
Jenis II
•Selalu berlaku di kalangan orang dewasa berusia 40 tahun ke atas dan individu yang mempunyai berat badan berlebihan.
•Biasanya boleh dikawal hanya dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubat.
•Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap diabetes.
Jenis III
•Keadaan ini adalah sementara.
•Berlaku di sebabkan perubahan hormone semasa mengandung.
Gejala Diabetes
•Lemah Badan & Letih
•Selalu lapar
•Dahaga yang keterlaluan
•Penglihatan Kabur
•Kerap buang air kecil
•Kebas pada kaki & tangan
•Luka & kudis yang lambat sembuh
•Susut berat badan
Diabetes adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kompilasi berikut:
•Penyakit buah pinggang
•Serangan jantung
•Kebutaan
•Koma atau tidak sedar diri
•Tekanan darah tinggi
•Strok (angina ahmar)
•Penyakit saraf
•Gangren (tisu mati) dan kudis yang menular menyebabkan kaki terpaksa dipotong
Faktor risiko
Sejarah keluarga yang mengidap diabetes
•Jika salah seorang daripada ibubapa atau adik beradik mengidap diabetes, kebarangkalian seseorang individu mendapat penyakit itu adalah tinggi.
Berat badan berlebihan
•Diabetes kerap berlaku di kalangan mereka yang berlebihan berat badan/obes.
Tidak aktif secara fizikal
•Mereka yang tidak aktif atau kurang bersenam mempunyai risiko yang tinggi mendapat diabetes.
Mengamalkan pemakanan tidak sihat
•Mengambil makanan yang tinggi lemak dan gula, serta pengambilan serat yang tidak mencukupi meningkatkan risiko mendapat diabetes.
Umur
•Umur yang meningkat.
Bolehkah diabetes disembuhkan?
TIDAK. Ianya boleh dikawal dengan;
•Mengamal pemakanan
•Bersenam setiap hari
•Mengambil ubat/insulin mengikut jadual
•Mengekalkan berat badan unggul iaitu indeks jisim badan (BMI) antara 18.5 dan 23.0 kg/m
Sumber : jabatan kesihatan negeri Kelantan
www.infosihat.gov.my
www.myhealth.gov.my
No comments:
Post a Comment
jejak anda