Thursday, March 24, 2011

bertabah demi sebuah entry...

esok nak pegi penang. umah wani. my coursemate at edi. baru jer siap packing kain baju serta seluar. insyaAllah 3 hari kat sana pastu nk melencong ke klang. abg ai br balik umrah semalam jadi saje je nk pegi melawat...
nway...berat hatinya nak tinggalkan mek. tadi masa ai gosok-gosok lengan kanan mek, mek kate, esok nk pegi tido umh ladang. ye la...tak kan nak duk sorang kat umah. aboh sekarang duk kat ladang...keje dia kann...
ai memang dah bagitau awal2 kat mek, yang ai nk pegi penang 25hb...mek kasi jer. lgpun ai bukan mintak kebenaran ai cuma bagi tau mek...
sekarang ni dah pukul 1.11am...ai tengah bertabah nk post entry ni..line kemain lagi semput. dengan nyamuk nye, pala dah berdenyut2 ni.adoiya...
beratnya hati nak tinggalkan mek esk lusa n tulat...beberapa hari jugak lah. harap mek baik-baik jer nanti....angah, aku harap kamu balik teman mek!!!

Thursday, March 17, 2011

15 mac 2011

eyah...hari ulang tahun kelahiran afiq haikal ke 10. pagi tu dorg seme celebrate potong kek bagai tapi ciksu nye membukang dalam selimut tak sedar ape pun...ngeee. keji sungguh!
petang tu afiq cakap kat ai
afiq : pagi tadi kiteorg potong kek satu jer lilin. ciksu tido...gambar ade kat camera abah...
ngeee..sori dear!

diam tak diam...dah sepuluh tahun usia budak nakal tu. siyes wei. sangal nakal! daripada kecit lagi memang terserlah kenakalan dia.hohooooo...memang penat nak jaga dia. dalam ramai2 anak buah ai, rasenye dia yang paling nakal. patah riuk, jahit sana sini, kuar masuk spital dah jadi kebiasaan dia.


hospital jitra-keracunan makanan

koyak, jatuh beskal

tetap kreatif orangnye...


di make up!


perh...boleh menari kamu yer. ciksu tabik spring lah!


team tarian dia...
see..tak sangka budak yang sangat nakal ini, boleh menari. bile ai suh dia buat show kat umah, sampai kesudah tak buat. malu la pulak...
ape pun..hepi bufday afiq haikal, budak nakal...

Wednesday, March 9, 2011

timun tu ape???

ai baru balik dr ketereh. pegi hantar adik spupu ai yg study kat poli PKB. dia datang semalam dengan abg sepupu ai yg pegi konvo anak dia. ni 1st time adik spupu datang sini sejak dia study kat poli. dah nak abis pom pengajian dia. adik spupu ai smbg buat dip, setahun jer. bulan depan abis lah. see..dah setahun. cepatnya!


bukannye tak tau adik spupu blaja kat situ tapi tak penah nk contact dia. lepas hp ai hilang, no phone pun seme ilang. dia pun tak penah nk call ai. segan kot. ye lah tak penah close sgt . dia anak arwah pak cik ai yang ai panggil ayah. anak arwah ayah dengan 2nd wife. anak2 arwah ayah dengan 1st wife tu ai rapat la jugak...


jadi member kat fb pun tak bertegur...hampeh jer kan!


owh...panjang ai cite. dah lari tajuk.ngee...


ok2..nak jadi kan cerita.macam ni...


naik jer kete nak g hantar norma (adik spupu ai) mek cakap

'nanti benti kat pertanian tu, nak beli timun'

ok...jawab ai.


otw...ai cite la kat norma,

'sini kist (kolej islam sains & teknomogi) n pusat serenti...

ni hah, masuk lorong kiri...


pastu mek pulak...

'hah, tu hah..org tengah kutip timun!


brek emegency la ai. nasib la tade kete belakang. terus buat u turn. pegi beli timun.


mek pegi beli timun. ai dengan norma duk dalam kete jer. sembang-sembang kosong. pastu norma tanya ai...


norma : tu buah ape?

ai : owh tu honey dew.

norma : owh hidup yer tanah pantai tanam honey dew...

ai : haah, hidup je. sesuai. kadang-kadang org tanam tembakau...

norma : jadi timun tu ape?

ai:...(ngeee...senyum- senyum sorang) timun tu tembikai lah. sini pangil timun...

norma : la....mn org tau.igt kan ape td. mok su duk cakap, nak beli timun, nak beli timun...

ngeee..rupe nye di tataw ape .hahaaaa.

ni la....

mas melon (honey dew)

timun cino @ timun (tembikai)

banyak jugak mek beli. beberapa biji bagi norma makan dengan kawan-kawan kat umah sewa pastu bawak balik pahang. malam ni norma nk balik pahang. dia tade kelas seminggu ni sbb poli tengah konvokesyen...

haah ye lah...adik spupu ai asal pahang (chenor)

p/s : mok su tu mek ai. mek ai kan ank bongsu sama la dgn ai. ngee. norma panggil ai, kak su. ngee...segan lor. mana ade org panggil ai macam tu...

Sunday, March 6, 2011

radio buruk

budak safiah ni,pagi2 sgt suke buat hal.
malas bangun pagi. ponteng sekolah sekolah tu dah memang rutin dia. tambah lagi kalu tido umh mek. memang tak bersekolah la...

pagi ni tak pegi skolah lagi. bangun dan melalak. eii tensen gue. ai buat susu dia tak layan. ai amik gambar dia, marah la dia dekat ai. nasib ko baby ade makcik macam ciksu ni...

ni duk merengek lagi. duk panggil ibu, duk panggil abah...tak ubah macam 'radio buruk'.

Friday, March 4, 2011

menghitung hari...

weee..biji jagung yang ai tanam dah tumbuh. sonot! mek kate dlam 2, 3 bulan boleh la amik hasilnya.

ni yang tanam hari sabtu minggu lepas. tanam dengan norli aziz


ini pun minggu lepas punya...

ni plak yang tanam hari isnin dengan angah ai...
mari menghitung harii...
~with luv~


Thursday, March 3, 2011

sayang kamu

terima kasih mek kerana selalu tanya
'dah sembahyang ke?'




~with luv~

Tuesday, March 1, 2011

hidup sihat-cegah diabetes

Hidup sihat-cegah diabetes

Apakah diabetes (kencing manis)
Ia adalah satu keadaan di mana kandungan gula dalam darah berlebihan.

Bagaimana Diabetes terjadi
Biasanya takat glukos dalam darah dikawal rapi oleh satu bahan yang dikenali sebagai ‘insulin’. ;insulin’ ini dihasilkan oleh kelenjar yang dipanggil ‘paknreas’.

Dalam penyakit kencing manis, mungkin insulin yang dihasilkan tidak mencukupi atau tindakan insulin kurang berkesan.

Dengan itu glukos berkumpul di dalam darah secara berlebihan.

Jenis-jenis Diabetes

Jenis I
•Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak atau remaja.
•Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawaln pemakanan dan senaman.

Jenis II
•Selalu berlaku di kalangan orang dewasa berusia 40 tahun ke atas dan individu yang mempunyai berat badan berlebihan.
•Biasanya boleh dikawal hanya dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubat.
•Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap diabetes.

Jenis III
•Keadaan ini adalah sementara.
•Berlaku di sebabkan perubahan hormone semasa mengandung.

Gejala Diabetes
•Lemah Badan & Letih
•Selalu lapar
•Dahaga yang keterlaluan
•Penglihatan Kabur
•Kerap buang air kecil
•Kebas pada kaki & tangan
•Luka & kudis yang lambat sembuh
•Susut berat badan

Diabetes adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kompilasi berikut:
•Penyakit buah pinggang
•Serangan jantung
•Kebutaan
•Koma atau tidak sedar diri
•Tekanan darah tinggi
•Strok (angina ahmar)
•Penyakit saraf
•Gangren (tisu mati) dan kudis yang menular menyebabkan kaki terpaksa dipotong

Faktor risiko
Sejarah keluarga yang mengidap diabetes
•Jika salah seorang daripada ibubapa atau adik beradik mengidap diabetes, kebarangkalian seseorang individu mendapat penyakit itu adalah tinggi.

Berat badan berlebihan
•Diabetes kerap berlaku di kalangan mereka yang berlebihan berat badan/obes.

Tidak aktif secara fizikal
•Mereka yang tidak aktif atau kurang bersenam mempunyai risiko yang tinggi mendapat diabetes.

Mengamalkan pemakanan tidak sihat
•Mengambil makanan yang tinggi lemak dan gula, serta pengambilan serat yang tidak mencukupi meningkatkan risiko mendapat diabetes.

Umur
•Umur yang meningkat.

Bolehkah diabetes disembuhkan?

TIDAK. Ianya boleh dikawal dengan;
•Mengamal pemakanan
•Bersenam setiap hari
•Mengambil ubat/insulin mengikut jadual
•Mengekalkan berat badan unggul iaitu indeks jisim badan (BMI) antara 18.5 dan 23.0 kg/m


Sumber : jabatan kesihatan negeri Kelantan
www.infosihat.gov.my
www.myhealth.gov.my