Tuesday, December 31, 2013

Manisrumahmanis

Kediaman kami. Alhamdulillah selesa rumah yg suami aku sediakan ni. Cukup semua kelengkapan asas.

Memang aku xde plan pegi hanimun mana-mana lagi sebab xsabar nak balik rumah sendiri. Lepas habis roadtour ke rumah sedara mara dia n adik beradik aku, kiteorang blk ke rumah sendiri. Homesweethome-Manisrumahmanis.

Kain Langsir lastminute beli kat jempol n.9. Mama bersengkangmata jahit kan. Tq mama...

Sarung kusyen pun lastminute beli kat triang. Masa tu singgah beli mentol lampu sambil cari sangkut langsir berkenan.suami aku yg pilih tu..nice kan..

Tv 32". Tq abg sppu aku yang susah susah bawak dari kelantan. Kabinet tv beli kat sri jaya. Nasib baik jumpa yang berkenan muat pulak masuk myv.. Frame ayat kursi beli kat GM Klang.rm80.

Lampu tidur, design baru beli dgn kawan aku. Dia mniaga on9. Xpasang sgt pun sbb aku xsuke tdo cerah. Aku ske tdo gelap2 baru lena..

Simple deco by en suami la. Aku ikut jer.

Alhamdulillah, dia suami yang baik. Perangai sama jer dr sebelum kawe dgn selepas kawen. Yg best selalu ajak solat berjemaah...tahlil n baca yasin sama-sama... semoga hubungan ini diberkati Allah.

Monday, December 23, 2013

Aku terima nikahnya...

Alhamdulillah, genap sebulan menjadi isteri kepada suami.

Dia imam saya. Dan saya makmum dia...syukur.

Semoga jodoh ini kekal hingga ke hujung nyawa ... in shaa allah.

Saturday, December 21, 2013

Aku terima nikahnya...

Alhamdulillah, akhirnya dengan izin Allah dan restu keluarga serta sekali lafaz aku telah selamat diijabkabul kan dengan lelaki itu..

Friday, November 22, 2013

terimakasih bonda-bondaku!

mek dan mama
wanita yang segala-galanya dalam hidup kami.
terima kasih mek dan mama untuk semua kasih sayang yang telah diberikan. 
Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.. 
 
 
ada yang kata wajah mereka seiras...

Sunday, November 10, 2013

aku yang dulu bukan lah mcm sekarang

ahaha...candid!
 masa kurus!

baju ini, dah wasiatkan kepada my niece.
seluar ini mana ntah. ade kat usj kot.
tudung pun kat usj.

tajuk kemain panjang, entry seciput. tengah godek-godek album lama, klaka pulak rasa...



~

november!

november datang lagi. 4 november 2013 genap setahun arwah aboh pegi meninggalkan semuanya. yang tinggal hanya kenangan ...sekejap jer dah setahun.

balik hari tu, aku punggah baju-baju aboh yang masih mek simpan. punggah masuk loker aku. antara baju faberet aboh.biar aku simpan sendiri. ingat balik, aboh cerewet sikit nak beli baju. kalau yang anak-anak beli pun jarang la dia nak pakai. tapi kalau dah suka, baju tu la dia ulang pakai.

aboh jarang beli baju mungkin sebab kami orang susah. duit sikit-sikit ada nak bagi anak-anak makan.adik beradik aku ramai... tapi alhamdulillah, arwah aboh sempat senangkan hidup anak-anak dan isteri dia. rumah yang kami duduk sekarang adalah hasil titik peluh aboh sendiri. mana ada pun harta pusaka peninggalan arwah tok ayah kepada aboh. semua aboh usahakan sendiri. terima kasih aboh... terlalu banyak pengorbanan aboh untuk kami sekeluarga.terlalu banyak kasih sayang yang aku dapat dari aboh dan tak akan aku dapat lagi daripada orang lain..

aboh pergi tak sempat walikan aku. tinggal aku sorang saje yang terpaksa mintak wali dengan bapa saudara. abang arwah...

aku buat-buat tabah. padahal, tengok itu teringat dia, tengok ini teringat dia. mula la nak sebak. hanya doa dan alfatihah yang mampu aku kirim buat aboh....

apa pun aku redha dengan perpisahan ini kerana setiap yg bernyawa pasti akan berakhir dengan kematian.

rindu tiada noktah. alfatihah~


Thursday, September 12, 2013

sebulan sudah..


sudah lama tidak menaip. terasa rindu untuk berkongsi sesuatu...
....
 
sebulan sudah atau pun lebih berada dalam kump 3 siri 10. kelas CB pun dah habis. dah masuk modul Pekerti. Alhamdulillah, apa yang berhasil adalah, semua berjalan dengan lancar seperti yang dijadualkan.

busy dengan kelas, tapi tetap seronok!
excited dan mengembirakan.

kelas CB, aku mengambil risiko deliver tajuk-tajuk berat. almaklum la dah pegi TOT . sijil tot jer belum jua kunjung tiba, walaupun ramai geng tot kem lain dah dapat . GAGAL kah aku?
tapi tak kesah mana. janji dah boleh deliver. senior bagi lampu hijau jer. YAKIN jer la dengan diri sendiri. walaupun masih banyak kelemahan lagi dan itu bukan penghalangnya. buat dan terus buat...

...









Tuesday, August 13, 2013

cerita....

kedua-dua ex-bf aku sudah pun berkawen. hari yang sama pulak tu. lokasi jer lain-lain. satu kat ipoh sana. satu lagi kat kelantan. dua-dua pun aku tak pegi. tak sanggup kot nak tengok..hahaha...takde la, tak berkesempatan. masa tu aku kat k.l. ...hehe. nway selamat pengantin baru kawan...! aku doa kan korang bahagia selalu..semoga perkahwinan ini menyatukan kamu dalam kebaikan.

Friday, August 9, 2013

hari ini hari raya

seperti tajuk di atas dan mood raya adalah kelaut. sudah lah tidak pandai berenang jadi terkapai-tenggelam timbul terus masuk gol. eh jauh melalut. 

okay. tiada mood raya.puncanya malam raya berwassap dengan abg sulong. dia kata jemaah umrah akan balik pada 12hb. waktu malaysia ke waktu mekah tak tau la. bukan 10hb seperti yang digembar gemburkan sebelum ini. moral down. sokseksoksek. nanges sensorg kat bilik. 

mata bengkak. amik wuduk dan baca yasin. moga-moga kalau pun arwah aboh balik malam raya dia akan dengar bacaan ini. lega. 

 hati terkenang bonda yang jauh ditanah suci. aboh yang telah kembali kerahmatullah. solat sunat aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. dan kemudian balik beraya 
di depan tv. jalan-jalan raya cuma dalam mimpi. 

bangun tido baru rasa nasi beriani dan kari kambing made by my SIL kak long. damm sedap. terpaksa menambah nasik lagi. sedeh-sedeh pun nafsu makan tetap hebat.risau...

selamat hari raya semua~

......

Thursday, August 1, 2013

my personal kaunselor


ini lah shida. my personal kaunselor. haha...

best bila borak dengan dia. byk nasihat yang berguna dia bagi. very humble person. mungkin sebab tu ktorg boleh kamceng macam ni :).

..

Wednesday, July 31, 2013

nasib badan...

abis kursus aku ikut en bunga api balik pahang. mek suruh pegi rumah mak ngah kat maran. hari ahad baru balik kl. pegi rumah abang aku kat klang. duduk sini dulu sebelum g rumah abg long. mingg depan kot pegi rumah abg long. weekend ni nak ikut abang balik perak. merempat!

semalam teringin nak makan mee udang.memang aku yang nak masak sendiri tapi mana la aku tau bahan-bahan nye ape,  jadi SIL aku yang masak kan.hehe...tq sis.aku tolong-tolong je la...
hari ni tak tau lagi mengada nak makan ape...

SIL aku ni baik sangat. layan aku macam aku ni adik dia sendiri jer. bagi itu, bagi ini kadang-kadang kalu dia tak bagi pun, memang aku yang mengade mintak..hehe..

nasib baik la kan, adik-adik en bunga api seme nye laki klu la ade popuan dan mengade lak macam aku, haih padan la muka aku kan...

kalau dengan kakak ipar yang lain macam k.ngah ngn k.shiela tu aku memang tak rapat la. hehe.segan. dengan kak long ok la.boleh jer duduk sembang. boleh jer lepak rumah k.long dengan perangai malas :) 

gambar yang tiada kena mengena dengan entry. redho je la ey.

ok -bai!

................

Thursday, July 25, 2013

jejak kasih

3 hari berkampung di Kem Permata Resort, Alor Gajah. kali ini untuk kursus Kenegaraan - Elemen Daulat. sub Modul Malaysia Berdaulat-Lahad Datu suatu ikhtibar. yang seronok nyer dapat jumpa member satu kem setelah sebulan lebih bercuti. boleh jugak lah berbuka, bersahur sama-sama. 

jumpa gak member-member tot CB, tot pekerti dan IHT KN. ingat-ingat lupa je dorang ni. dah salam-salam pastu diam.haha. punya la nak teka nama sebelum dorang igt kan aku nama dorg.itu yang terdiam seketika :)

enjoy jer kursus ni, banyak info yang dapat tentang peristiwa lahad datu sabah.





geng Naga Berapi 
posing sebelum bergerak balik ke destinasi masing-masing


majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh 
Dato' Hj Abdul Hadi bin Awang Kechil 

Tuesday, July 23, 2013

Monday, July 22, 2013

tiada rezeki ku...

Sudah berkhemah di jinjang utara. esok mek akan bertolak ke mekah menunaikan ibadah umrah. Tiada rezeki aku nak ikut sama.tiada mahram selayaknya utk menemani aku ke sana. sedeh sbb nyer mek mungkin raya sana. aku tak tau la nak merempat ke mana raya nanti.

Tuesday, July 16, 2013

flaming Steamboat Sunway

happy kot bila semua yang aku sayang boleh duduk semeja dan buat sepah macam ni.
 :)

gendang gendut tali kecapi, 
kenyang perut suka hati.
lokasi : flaming Steamboat Sunway




tapi kesian tak cukup korum. suraya yang snap pic ni...

cerita lama baru nak kongsi kat sini...
hegeh-hegeh. 



...................................................

Sunday, July 14, 2013

hidayah Ramadhan 1434...

makanan hari ini. Alhamdulillah kenyang sampai waktu berbuka :)
Sejak mek ajak pegi umrah, aku baru la terdetik nak belaja mengaji semula. huhu. sebenarnya dah lama juga la aku cari tempat nak mengaji dan kebetulan rezeki terjumpa dengan seorang kakak ni dia yang cerita pasal satu sekolah tahfiz yang ade kelas mengaji. dan kebetulan cuti kali ni agak lama jadi sempat lah aku meluangkan masa ke situ.

terima kasih umi yang sedia menerima aku di situ...hanya Allah yang mampu membalas jasa dan budi baik umi sekeluarga.


"Ya Allah ya tuhan ku, Sesungguhnya aku ingin naik umrah, maka permudahkanlah, terimalah, berkatilah (amalanku). Sesungguhnya aku naik umrah dan berihram kerana
Allah swt".

flight 22hb ni tapi visa belum dapat. doakan aku dan keluarga dapat menjadi tetamu tanah suci di bulan Ramadhan kali ini.

................................
 

Saturday, July 13, 2013

4 ramadhan

Alhamdulillah. dah hari keempat puasa. hari ni memang letih. lepas solat zohor melepek atas katil.aku mmg hari2 letih. hehe... Mek puasa penuh hari ni. semalam pun dpt puasa penuh. alhamdulillah. 1st day dan 2nd day mek xdpt puasa penuh. pkl 5 dah bbuka.xlarat dia kata.xpe la...

 Tengah hari tadi abg long call. Dia bagitahu visa umrah tak dpt lagi. aku lagi la memang xdpt sebab xboleh mahram dgn abg long. Kecewa juga mdengar berita tu. buat mungkin belum ada rezeki aku. apa pun aku tak henti berdoa. buat solat hajat. Moga ada rezeki aku mjadi tetamu di tanah suci. 

Hari ni berbuka berdua jer dgn mek. 

..........................

Thursday, July 11, 2013

2 Ramadhan


Alhamdulillah, hal urusan harta pusaka arwah aboh telah dibicarakan dan telah dipersetujui oleh semua yang hadir. sekarang cuma tunggu surat dari Pejabat Tanah untuk urusan seterusnya, alhamdulillah dipermudahkan.
 Lama juga lah nak tunggu dipanggil bicara. harta tak seberapa tapi yang menjadi masalah sebab semua anak arwah aboh adalah perempuan. itu yang terpaksa melibatkan bapa dan ibu saudara aku (adikberadik arwah aboh)

Selesai urusan, dah nak balik. along nak g KB, nak g kedai emas. so seme pakat nak pegi. naik kete, tetiba mek tukar fikiran. mek cakap nak balik masak. ptg nanti nak g berbuka rumah cucu sedara dia. huahaha...sentap lah aku sampai ptg....kesian.kena buli camtu jer la. mek pujuk, mek cakap nak pegi lain kali....

...............................




Wednesday, July 10, 2013

selamat datang Ramadhan


Ramadhan datang lagi. Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna untuk aku jalani. Pertama kali ramadhan tanpa aboh. sedeh sangat. Al-fatihah....semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orng-orang yang beriman.

sepupu aku juga telah kembali ke rahmatullah petang semalam.
di kebumikan pagi ni. kesian, 5 beradik itu telah yatim piatu....
takziah dan semoga tabah, anak-anak sepupu ku. dari Allah kita datang, pada Allah juga kita akan kembali. 
Al-fatihah...

.......................................

Monday, July 1, 2013

we



hinggaHUJUNGnyawaINSYAALLAH...

...................................



Sunday, June 30, 2013

hadiah hari lahir....


disebabkan dah 3 series, jadi hadiah pun spesel dan sambutannya juga spesel. haha. 

poyo gilerrr..


aku dan dia hanya merancang Allah jua yang menentukan. Alhamdulillah. perancangan dipemudahkan.

..........................................

Saturday, June 29, 2013

3 siries alredi..


big thanks tu my angah yg sponser kek ni. . blueberry chess. sedapppp sangat weh. puas hati koi!
walaupun terpaksa tunggu 3 hari kemudian baru dapat kek ni.
sebab nak tunggu teady bear-teady bear ciksu balik. 
padan muka dorang kena kelentong. aku cakap buterfly tu boleh dimakan (aku buat-buat makan). dorang bukan main berebut lepas tu.

 nida cakap "keras la ciksu, mana boleh makan."
hahaha....percaya sangat apa aku cakap...


antara koleksi teadybear aku. qaisara, amirah, balqis, qamarina, najihah, nida dan haris.haris sorg jer si jantan yang ade masa ni. yg lain tak balik.

yang besar gedabak tu kakak aku la. kiri (angah) kanan (along)


yang bertanduk - nida






hadiah hari lahir ;)



kini besi ini ditangan ...

..........................................

Thursday, June 20, 2013

majlis malam semusim dalam kenangan...

satu lagi acara kemuncak untuk pelatih. semua pihak berganding bahu untuk jayakan nya. 


hasil stage lastminute ...
pembantu penyelaras malam penutup (lantik diri sendiri) haha...

last pic dengan bebudak DELTA. terharu dengan persembahan dorg tadi. huhuhu...

purple nite-with penyelaras malam penutup
semasa sesi bersalaman, ade ww datang dekat aku. dia mintak maaf. dia mengaku ada mengumpat aku. ehhh..terkujat. tapi aku positif. terus maafkan dia. selesai sesi bersalaman. dia datang lagi. sambung pulak sesi bermaafan berdua sahaja. dia cerita lagi....kemudian.soksek.soksek. dua-dua banjir. kesian pelatih-pelatih aku...dorg cakap aku GARANG.....huhuhu...

sebelum bersurai. jumpa mereka sekejap. .harap mereka maafkan aku . pengalaman mereka disini untuk mereka dan juga untuk aku....terima kasih wira dan wirawati ku....

......................

majlis perasmian penutup K2 S10/2013- KTCR

sekitar majlis penutup ...

barisan OC dan TOC

upacara menyerah bendera kampeni, barisan OC dan TOC diketuai oleh Sarjan WIrawati

darri kiri Sarjan WIrawati menyerah bendera KHidmat Negara, TOC Alpha En . AMin  menyerah bendera Alpha.
Cik Ayu TOC Bravo menyerah bendera Bravo, CIk Nia OC Charlie menyerah bendera Charlie, Cik Rakiah OC Delta menyerah bendera Delta kepada Tuan Komandan Kem Mejar JAsmi Faiezan.

DELTA menjulang piala pusing setelah mendapat kampeni terbaik bagi K2, S10/2103. TAHIAH DELTA!

zoom... OC mengambil piala pusingan. bangga beb. terima kasih pelatih-pelatih DELTA!

bersama pelatih dan Jurulatih DELTA



akhirnya tamat kumpulan 2, siri 10/2013...
30 Mac-21 Jun 2013

............................................

Wednesday, June 12, 2013

Eksais wirajaya part II


aktiviti hari kedua adalah jungle trekking. 
mengiring wirawati DELTA merentas belentara (sangat haha)
walaupun kepenatan tapi best ....



gadis-gadis BAYGON. haha...
seluar dah macam ape.
gaya penoreh da...



 perempuan yang mengaku dirinya adalah LELAKI. poyo jer. malam tu kena pacat. terpekik telolong tau. haha...tekejut aku tengah tido. kelaka giler. 



memasing nampak cool jer. dalam hati hanya ALLAh yang tahu. nak merentas masuk paya pulak ni. itu yang berbekal baygon. satu badan spray baygon (menipu la satu badan, haha)  spray tang kaki jer. protection drp pacat lor. hehe...

dann alhamdulillah, tiada pacat yang hinggap. huhu...

kembali ke base. refleksi dan kemas tapak perkhemahan. lepas tu kembali ke kem dan semua di beri rehat sehingga malam. alhamdulillah...sehingga berjumpa wirajaya kumpulan depan pulak yer.

...............