Tuesday, December 31, 2013

Manisrumahmanis

Kediaman kami. Alhamdulillah selesa rumah yg suami aku sediakan ni. Cukup semua kelengkapan asas.

Memang aku xde plan pegi hanimun mana-mana lagi sebab xsabar nak balik rumah sendiri. Lepas habis roadtour ke rumah sedara mara dia n adik beradik aku, kiteorang blk ke rumah sendiri. Homesweethome-Manisrumahmanis.

Kain Langsir lastminute beli kat jempol n.9. Mama bersengkangmata jahit kan. Tq mama...

Sarung kusyen pun lastminute beli kat triang. Masa tu singgah beli mentol lampu sambil cari sangkut langsir berkenan.suami aku yg pilih tu..nice kan..

Tv 32". Tq abg sppu aku yang susah susah bawak dari kelantan. Kabinet tv beli kat sri jaya. Nasib baik jumpa yang berkenan muat pulak masuk myv.. Frame ayat kursi beli kat GM Klang.rm80.

Lampu tidur, design baru beli dgn kawan aku. Dia mniaga on9. Xpasang sgt pun sbb aku xsuke tdo cerah. Aku ske tdo gelap2 baru lena..

Simple deco by en suami la. Aku ikut jer.

Alhamdulillah, dia suami yang baik. Perangai sama jer dr sebelum kawe dgn selepas kawen. Yg best selalu ajak solat berjemaah...tahlil n baca yasin sama-sama... semoga hubungan ini diberkati Allah.

Monday, December 23, 2013

Aku terima nikahnya...

Alhamdulillah, genap sebulan menjadi isteri kepada suami.

Dia imam saya. Dan saya makmum dia...syukur.

Semoga jodoh ini kekal hingga ke hujung nyawa ... in shaa allah.

Saturday, December 21, 2013

Aku terima nikahnya...

Alhamdulillah, akhirnya dengan izin Allah dan restu keluarga serta sekali lafaz aku telah selamat diijabkabul kan dengan lelaki itu..

Friday, November 22, 2013

terimakasih bonda-bondaku!

mek dan mama
wanita yang segala-galanya dalam hidup kami.
terima kasih mek dan mama untuk semua kasih sayang yang telah diberikan. 
Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.. 
 
 
ada yang kata wajah mereka seiras...

Sunday, November 10, 2013

aku yang dulu bukan lah mcm sekarang

ahaha...candid!
 masa kurus!

baju ini, dah wasiatkan kepada my niece.
seluar ini mana ntah. ade kat usj kot.
tudung pun kat usj.

tajuk kemain panjang, entry seciput. tengah godek-godek album lama, klaka pulak rasa...



~

november!

november datang lagi. 4 november 2013 genap setahun arwah aboh pegi meninggalkan semuanya. yang tinggal hanya kenangan ...sekejap jer dah setahun.

balik hari tu, aku punggah baju-baju aboh yang masih mek simpan. punggah masuk loker aku. antara baju faberet aboh.biar aku simpan sendiri. ingat balik, aboh cerewet sikit nak beli baju. kalau yang anak-anak beli pun jarang la dia nak pakai. tapi kalau dah suka, baju tu la dia ulang pakai.

aboh jarang beli baju mungkin sebab kami orang susah. duit sikit-sikit ada nak bagi anak-anak makan.adik beradik aku ramai... tapi alhamdulillah, arwah aboh sempat senangkan hidup anak-anak dan isteri dia. rumah yang kami duduk sekarang adalah hasil titik peluh aboh sendiri. mana ada pun harta pusaka peninggalan arwah tok ayah kepada aboh. semua aboh usahakan sendiri. terima kasih aboh... terlalu banyak pengorbanan aboh untuk kami sekeluarga.terlalu banyak kasih sayang yang aku dapat dari aboh dan tak akan aku dapat lagi daripada orang lain..

aboh pergi tak sempat walikan aku. tinggal aku sorang saje yang terpaksa mintak wali dengan bapa saudara. abang arwah...

aku buat-buat tabah. padahal, tengok itu teringat dia, tengok ini teringat dia. mula la nak sebak. hanya doa dan alfatihah yang mampu aku kirim buat aboh....

apa pun aku redha dengan perpisahan ini kerana setiap yg bernyawa pasti akan berakhir dengan kematian.

rindu tiada noktah. alfatihah~


Thursday, September 12, 2013

sebulan sudah..


sudah lama tidak menaip. terasa rindu untuk berkongsi sesuatu...
....
 
sebulan sudah atau pun lebih berada dalam kump 3 siri 10. kelas CB pun dah habis. dah masuk modul Pekerti. Alhamdulillah, apa yang berhasil adalah, semua berjalan dengan lancar seperti yang dijadualkan.

busy dengan kelas, tapi tetap seronok!
excited dan mengembirakan.

kelas CB, aku mengambil risiko deliver tajuk-tajuk berat. almaklum la dah pegi TOT . sijil tot jer belum jua kunjung tiba, walaupun ramai geng tot kem lain dah dapat . GAGAL kah aku?
tapi tak kesah mana. janji dah boleh deliver. senior bagi lampu hijau jer. YAKIN jer la dengan diri sendiri. walaupun masih banyak kelemahan lagi dan itu bukan penghalangnya. buat dan terus buat...

...