Thursday, May 30, 2013

padah

padah bejaga hingga lewat malam. kan dah lapar. nasib baik ade gak jajan buat mengisi perut. beli pun semata nak free gift.haha. melampau betul perangai perempuan ini tau...

RM12.90. kalau tak abis mbazir jer duit ni tau!!!



 beria nak kumpul lagi 2 kaler towel ni. putih pink. dah dapat biru.
perempuan oh perempuan...

............................................

kembali terjalin


tajuk tak boleh blah!

kembali ke KTCR (kem tasik chini resort) tenkiu pendekar yang susah payah pegi jemput aku. lepas tu bermasam muka sekejap. huahaha. hilangkemanarindu20 hari tak jumpe. hegeh-hegeh. gara-gara nak cari pantai klebang. gile sengal.dedua.sengal.

last-last telajak ke banda hilir. merajuk lepas kena marah aku terus diamkan diri.huahaha, memang tak boleh blah. tapi biase la gaduh tak penah lama pun. lepas makan baru okay.simtom lapar rupenyer. lepas makan terus balik chini. tak kuasa nak jalan-jalan situ panas kemain lagi. 

sampai kem. terus tido. penat weh teman org drive.. haha. esk pun off perjalanan. tido lagi... ingat nak cuti jer sampai hujung bulan.nak pegi shah alam.jumpe dentist. tapi tuan pendekar tak kasi. sebab 30hb dan 31hb adalah PPSB (program penghayatan sastera budaya) dia adalah penyelaras program. merajuk beb bila tak nak support dia. nak tak nak terpaksala kensel cuti. sapa tak syg buddy kan. hegeh-hegeh. buat-buat rajin sepanjang program ni. hakikatnyer hati kelaut jer rasa. penat wei.penat...xde mud pun nak buat keje. 

listing to do..
buku log
detail menembak
duty mengiring (kuil) jumaat
duty KJB sabtu malam. plan nak duty sabtu siang. malam daah bleh cabut g temerloh. haih. bersilat jer rasa. penat. penat...

kadang-kadang memang rasa nak resign jer, tapi bertabah je la...

..........................................




Wednesday, May 29, 2013

bye2 permata resort...


akhirnya nyer 28hb Mei muncul jua. maka berakhir lah kusrus TOT CB siri 1/2013.pengalaman yang sgt indah boleh diibaratkab satu anugerah, memang memula tu rasa tertekan mungkin sebab mula-mula sampai tu aku tak sehat, rasa nk baring jer dalam kelas. rasa sangat lama nak melalui 20hari disana tapi ya, semakin meyeronokkan dan mengembirakan.

modul pembinaan karakter ni best. seyes. banyak perkara yang aku tahu jelas tentang diri aku.

semalam, semasa sesi penghargaan semua orang menangis. termasuk coach dan fasi. peserta kursus tok sah cite la, sok sek sok sek. huhu. touching beb. terutama bila coach suruh flashback masa mula-mula ktorg jumpa. kemudian bersatu dalam satu kumpulan kecil. masing-masing tak kenal antara satu sama lain tapi mula bertegur sapa, segan-segan dan akhirnya menjadi penyokong kuat dalam setiap aktiviti yang dilakukan. menjadi penyokong yang tak jemu-jemu untuk memastikan kawan-kawan dan diri sendiri mendapat nilai. 

bye-bye geng TOT CB siri 1/2013. ade rezeki jumpa balik di kursus RC pulak yer...


...............................................

Friday, May 24, 2013

masih entry di Permata Resort



masih dalam mood "bertabah". 
lagi empat hari nak abis kan kursus.

aku stress. tiada mood untuk senyum. 

........................................................

Wednesday, May 22, 2013

distributed for aboh Hj Mat Husin bin Awang...


aboh admit 31 julai. bersamaan 10 ramadhan.masa ni, aboh tak benarkan aku ngn mek teman dia kat hospital. jadi aku dengan mek ulang alik jer la dari rumah. penat jugak tapi demi aboh. kita org bertabah.
hari pertama admitted

sehingga raya aboh masih ni wad. kali pertama sambut raya di hospital. aku hepi jer raya kat mana-mana, janji mek ada. masa ni memang dah stay 24 jam kat wad jaga aboh. org pertama sampai hospital ialah famili abg long.
hari raya di wad
ketika masih sehat. qaisara la paling rapat dengan aboh. qaisara memang rapat dengan aboh, dia akan pilih aboh daripada aku. memilih betol budak gemok tu...
sempat bermain dengan cucu
kunjungan Dato ...terkejut gak tetiba sampai. aku memang tidak dimaklumkan ape-apa pasal kedatangan dato.

kunjungan Dato Dr Awang Adek


saat ini sangat kritikal. aku ngn along tak henti baca kan al-quran ditelinga aboh. masa ni memang sangat gentir. nafas aboh dah turun naik. kalau boleh aku nak gantikan aboh....


hari terakhir. disaat kritikal.
4 Nov 2012, 9.15am. aboh menghempuskan nafas terakhir
 
akhirnya aboh pergi. pagi yang syahdu itu, hanya aku bertiga. dengan along dan abg long di hospital. aku tabahkan hati terima dengan redha. relakan aboh pergi waalupun dia tak akan kembali. aku menangis di kaki abg long. abg long tenangkan aku. sungguh pun ujian ini terlalu sukar untuk aku terima. tapi ini lah hakikatnya. ketika hati merindui wajahnya, aku akan tengok gambar-gambar ini sendirian. air mata pasti setia menemani. hanya alfatihah dan doa untuk aboh. semoga roh nya tenang disana. 
di pusara aboh

pusara aboh

kawasan perkuburan

senarai rahmat hidup ku
modul budaya kerja
arogram untuk arwoh aboh

aku tahu selama aboh aku jarang ucapan terima kasih kepada aboh untuk semua yang di berikan kepada aku.sehingga lah kini aku tidak lagi berpeluang untuk bersama dia. aku bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menjaga aboh hingga ke akhir hayatnya. hanya doa dan alfatihah yang mampu aku kirimkan. rindu yang tiada noktah untuk Arwah...

Hj Mat Husin b Awang 25.8.1952-4.11.2012 HUSM Kubang Kerian


... ...................................................

Sunday, May 19, 2013

food serving

hari terakhir untuk food serving. fuuuuhhhh..lega weh.  malam tadi lepak dengan dorang bust perbincangan untuk prgm hari ni. decided nak buat macam mana untuk hari terakhir.

small group tengah buat persedian utk last day food serving

untuk tetamu...

deco meja makan
hari ini jugak la keputusan food serving di keluarkan. agak kehampaan apabila group aku kalah. adat bertanding la kan. tapi aku tak boleh nak terbuka sebab kumpulan kami diadil macam tu sekali. sedih. mood tak molek sampai ke petang. sampai sesi pameran origami...

tamat kelas dan decided untuk makan malam bersama small group. masing-masing berkongsi pasal keputusan food serving. kata-kata positif dari setiap ahli kumpulan aku terima tapi tetap tak boleh terbuka apabila group aku di nilai sebegitu....


....................................................................................................................................................

girl outing

untung petang tadi tade kelas bleh la keluar merayap. destinasi utama jusco melaka sentral. bape lama dah tak pegi jusco kan...hegeh-hegeh jer.

outing bersama 3 roomate aku. nia, atie n lina. atie tu dah kawen dia nak cari barang-barang kat anak dia. budak tu merajuk kena tgl ngn mama lama sangat dah. kesian atie barang yang dia nak takde. takpe atie nanti kita usahakan lagi yer....

tawaf satu jusco. hasil tangkapan aku di jusco. lalala. lama dah mencari kasut  yang berkenan di mata ni.

nak pakai tido malam ni.haha.bley??

 tak cukup tawaf jusco. sambung pulak ke tesco. ni tangkapan kat tesco. stokin tebal dan stokin nipis.
stokin tebal. 3 pasang RM12.
1 belang. 1 bunga-bunga. 1 plain colour (grey)
suka hati mak tau...

stokin nipis. 4 helai RM8.90. share ngn Nia 2 pasang sorang.

ini pulak kat Living Cabin tesco.RM 20.90 . yang bestnya buy 1 free 1. terus sambar untuk hadiah buddy small group nanti. satu lagi saja nak buat teman tido...

shoping adalah satu terapi minda yang terbaik yang pernah aku rasakan. tapi berpada-pada lah. ukur baju dibadan sendiri.
dan lagi best kalau salesgirl yang pandai layan aku. macam kat vincci td.  mesti dia pening kepala layan aku dengan nia tapi dah tugas dia kan. tapi komunikasi la dengan dorg tu baik-baik. kerana mereka pun manusia macam aku jugak. ada hati dan perasaan....

hmm..duit dh abis banyak ni. so bertabahlah. malam ni tido ade teman dah..hahaha. suka....


............................................................................. 





Friday, May 17, 2013

origami

 hari ni belajar melipat origami burung. huahaha...nasib baik menjadi. memang dah reti pun tapi sebelum nak reti tu lama la jugak menuntut. xpenah2 kot nk buat burung jenjang tu...

gigih siapkan origami

tara...ini lah hasilnyer..
dwi tone origami. suke sangat


Baiklah dalam modul Budaya Kerja ini, aku belajar 5 jenis pengamal.

Si Serius
 Si Badut
Si Pencuba
Si Segera
Si Penuntut

jadi aku adalah dalam kategori si segera..=)
(lain kali lah aku update keterangan nyer yer. kemalasan utk menaip)

   
small group aku- GAGAH PERKASA ABC CO.
dapat anugerah origami terbaik...

tahniah!


................................

10 nilai Budaya Kerja

10 ciri nilai budaya kerja cemerlang masa kini

1.Menepati Masa
2. Kemahiran teknologi
3. Kreatif
4. Fasih Berbahasa
5. Integriti
6. Terbuka
7. Ahli Pasukan
8. Kepimpinan
9. Komited
10. Bertanggungjawab.

Adakah anda mempunyai ciri-ciri ni? Marilah sama-sama mencari nilai dalam diri untuk memajukan diri sendiri...

Kegagalan adalah kunci sesuatu kejaya...Engkau Boleh!

bola jugel


inilah rupanya bola jugel...

Langkah-langkah Menjugel

1. Jatuhkan
2. Lambung sekali
3. Lambung "Tas"
4. "Tas" Lambung
5. "Tas-tas"
6. "Tas-tas" Lambung
7. Rentak 1,2,3,
8. Pencapaian terbaik
9. Perbaiki Kawalan
10. Jugel
   

baru berjaya sampai langkah 7 
huhu...

.......................

Thursday, May 16, 2013

kisah hari ini

hari ni last modul 2. pagi ade pertunjukan jugel. aku hanya berjaya jugel hingga langkah 7. hampa! 
lepas tu pulak pertunjukan bakat. fun giler dengan aktiviti  tu...

lepas masuk modul budaya kerja. ngantok giler lah. sebab banyak syarahan. senguk-senguk aku dalam kelas. dorg pun ramai yang ngantok...kesian..

setiap kali abis kelas call dia. hmm...stress aku weh. tak rela tau buat seme tu. huhu. memang terpaksa giler! nak jaga hati dia sangat. nak jaga hubungan. tak sanggup hari-hari nak kena psiko ngn dia. letih wei. letih dengan kelas, lepas tu letih dengan dia lagi. sampai kan aku sanggup tanya dia "abang nak sayang mati ke?" aku seyes wei tanya macam tu. bengang tahap dewa dewi dah rasa. tetiba ada perangai yang tak memahami tu. tapi takpe lah, hasil pun memberangsangkan. takde la dia nak psiko hari ni. puas hati la tu. 

alhamdulillah dah hari ke 9. lagi 11 hari jer. bertabahlah!



........................................................................................

hari ke 9

Apabila tiada nilai yang dihasilkan, aku akan rasa tertekan.

masih belum berjaya mengaplikasikan MENANG-MENANG  dengan pasangan. 

...........................................................................................

hari ke 8

semalam.busy sgt.

hari ni pun. busy.

jugel baru langkah ke 7. aku kecewa.


aku penat. tiada nilai yang dihasilkan.

mungkin balik lagi baik.

bye!


Monday, May 13, 2013

bagai rumput ditiup sang bayu...

cuba gambarkan keadaan rumput yang ditiup sang bayu....bebas. aktiviti hari ini menjelaskan siapa aku sebenarnya. siapa sangka. aktiviti yang mudah ini, ya memang aku anggap aktiviti ni mudah, mudah bagi aku mengarahkan pelatih untuk melakukannya, hakikatnya aku sendiri pun tak pernah buat aktiviti ini. dan tadi aku berpeluang melakukannya bersama-sama rakan TOT CB dan rasai sendiri aktiviti itu. rupanya tidak lah seindah yang aku sangkakan...

aktivitinya begini. 
ada perebah dan penyokong.

perebah akan berada ditengah-tengah penyokong. perebah perlu melipat tangan, menutup mata, merapatkan kaki dan berkata:
perebah : nama saya _________.
saya pilih untuk rebah. adakah kamu bersedia.
penyokong : sedia
perebah : saya akan rebah
penyokong : rebah.

perebah akan merebahkan badan ke arah penyokong. penyokong perlu menyokong dan megerakan badan perebah mengikut arah jam dan berputar sebanyak 3 kali. kemudian bangunkan perebah. sekiraknya kaki perebah dibengkok atau tapak kaki terjongkit, di kehendaki mengulangi semula. itupun jika perebah mahu mengulangi aktiviti ini. 

aktiviti ini diulangi kepada semua ahli kumpulan kecil.

pengajaran disini, jika anda percaya yang rakan-rakan anda iaitu penyokong tidak akan menyebabkan anda jatuh jadi anda merebahkan badan dengan mudah. tetapi jika sukar untuk merebahkan badan di situlah menjelaskan anda sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain. memang mulut anda menyata kan "saya percaya anda" tapi hakikatnya....

dan itulah hakikatnya aku...itu ah yang terjadi kepada aku tadi. agak sukar untuk aku merebanhkan badan, bertapa aku tidak percaya kepada ahli kumpulan aku sedangkan pagi tadi semasa buat aktiviti gerak langkah percaya dengan senang aku menutukan 'saya percaya anda" dan bila buat aktiviti tadi menjelaskan siapa aku sehingga di tegur olehh fasi aku kelihatan ingin betul!

ya Allah memang selama ini aku tak sedar pun perkara ini ada dalam diri aku.

dan sejujurnya hari ini baru aku rasa berada di kelas CB. jika hari pertama hingga semalam 
"aku mesti" pergi kelas CB dan hari ini baru aku rasa "aku pilih" untuk ke kelas CB....
mungkin ini juga yang dirasakan oleh pelatih-pelatih selama ini yang tidak pernah aku selami perasaaan mereka...

.............................................


Sunday, May 12, 2013

alhamdulillah..

alhamdulillah... tamat sudah modul 1. (menampilkan yang terbaik dari dalam diri sendiri)  esok insyaallah, akan mula pulak modul 2 (menampilkan yang terbaik dari diri org lain dan komuniti)

apa yang terbaik dari diri aku. apa yang aku telah kenalpasti sepanjang modul 1 ini ialah, sikap.
 sikap aku yang mempercayai mustahil telah aku tukarkan kepada boleh. 
contohnya...aku telah boleh menggunakan otak kanan aku iaitu merembeskan jus kreativivi aku. di mana selama ini aku kata "mustahil lah untuk aku melukis gambar itu." sememangnya aku tak pernah pun nak melukis gambar itu sebelum ini. walaupun aku ni  orang seni tapi aku xsuka melukis mcm tu, sebab lukisan aku selalunyer tak cantik. itu la kata fasi aku " sepatutnya anda hargai lukisan anda bukan hakimi nyer sendiri".... terkesan kata-katanya dalam lubuk hati ku...

kedua aku telah sedar aku selalu memungkir janji dengan diri aku sendiri. banyak janji dengan diri sendiri yang tidak aku tunaikan aku baru sedar kenapa aku tidak mencapai matlamat aku ini kerana aku memandang remeh janji dengan diri sendiri...

 perjalanan skesta td tebaik....aku suka. terima kasih kepada ahli kumpulan yang menjayakan skesta tuduh menuduh ...
 


hai ke5...

sudah masuk hari kelima kursus. hari ni penutup utk modul 1. peserta kursus kena buat skesta. masa persembahan cuma 4 minit.

malam tadi goup aku praktis sikit utk skesta hari ni. kitaorg dapat tajuk "sikap" . jadi terus buat keputusan nk buat sikap tuduh menuduh. memula tu xde ide jugak la. pikir punya pikir, akhirnya dapat la ide situasi keluarga. nasib baik la group aku ni sporting semuanya so ide itu sekejap jer dapat di lakonkan...terbaik la  "GAGAH PERKASA"..hehe. haah lupa bagitau, group aku nama "Gagah Perkasa" kreatif gilerlah kawan-kawan TOT aku ni..

praktis punya praktis akhirnya menjadilah skesta kiteorg. skrip spontan jer pun.. setelah semuanya okay, maka lebih kurang pukul 10.15pm kami pun bersurailah...

(ecxited ni nk buatpersembahan petang nanti =) )

lagi 15 hari untuk bertabah!








Wednesday, May 8, 2013

dia


dia, mungkin terlalu baik untuk disakiti. 
ampunkan aku ya Allah.





.......................

hari pertama.

1st time pergi kursus tanpa dia. hem! tapi okay la. aku dah boleh berdikari sendiri. dah xde rasa nk segan-segan macam mula-mula pergi kursus Kenegaraan dulu. lagi pun pegi dengan Nia dan ade dah kawan-kawan jl lain yang aku dah kenal masa tot Pekerti.

stori sikit pasal kursus. TOT (Training of Trainner) kursus asas . WAJIB dihadiri oleh semua jurulatih Modul Pembinaan Kendiri untuk membolehkann mereka mengajar. umpama lesen la. tot ni pulak ade banyak. dan yang paling penting adalah TOT Pembinaan Karakter. yup, yang aku hadiri sekarang ni. TOT ni lama beb. ini yang paling lama. 20 hari. yang biasa nyer memakan masa selama 22 hari. dah dikurangkan mungkin sebab ade aktiviti yang sudah dimansuhkan.

masa TOT ni la, JL akan mendalami modul pembinaan karakter. dan kehidupan adalah seperti pelatih. huahaha. ngeri rasa. lagi sebab kena pt pagi. itu yang paling kritikal beb. berbalik kepada kehidupan macam pelatih, maksud nya, kita org jadi pelatih. duduk dalam kumpulan kecil, pemilihan kapten, penulisan buku kerja, perkongsian kumpulan kecil,perkongsian kelas besar dan yng paling mendebarkan adalah PLC. haih...seramnya...

oklah, smbung stori  lagi nanti. nka tido esok ade pt pagi....

salam dr kem permata resort, alor gajah melaka..=)

Tuesday, May 7, 2013

T.O.T. (training of trainer)

bakal berkampung di kem permata resort, alor gajah melaka selama 20 untuk kursus asas pembinaan karakter. huahaha....penat2. satu apa pun tak kemas lagi. baju kurung. kasut kelas. baju pt, kasut pt. modul, buku log. ooo... aku dah la tak bape nk sehat lagi ni. hari ni duty pun menepek jer kat katil tu. cmner ntah!

ade org janji nak hantar tapi.......

Sunday, May 5, 2013

hari ni hari mengundi. rasa agak  excited nak membuang undi. harap-harap BN boleh menang besar. insyaallah!