Wednesday, May 29, 2013

bye2 permata resort...


akhirnya nyer 28hb Mei muncul jua. maka berakhir lah kusrus TOT CB siri 1/2013.pengalaman yang sgt indah boleh diibaratkab satu anugerah, memang memula tu rasa tertekan mungkin sebab mula-mula sampai tu aku tak sehat, rasa nk baring jer dalam kelas. rasa sangat lama nak melalui 20hari disana tapi ya, semakin meyeronokkan dan mengembirakan.

modul pembinaan karakter ni best. seyes. banyak perkara yang aku tahu jelas tentang diri aku.

semalam, semasa sesi penghargaan semua orang menangis. termasuk coach dan fasi. peserta kursus tok sah cite la, sok sek sok sek. huhu. touching beb. terutama bila coach suruh flashback masa mula-mula ktorg jumpa. kemudian bersatu dalam satu kumpulan kecil. masing-masing tak kenal antara satu sama lain tapi mula bertegur sapa, segan-segan dan akhirnya menjadi penyokong kuat dalam setiap aktiviti yang dilakukan. menjadi penyokong yang tak jemu-jemu untuk memastikan kawan-kawan dan diri sendiri mendapat nilai. 

bye-bye geng TOT CB siri 1/2013. ade rezeki jumpa balik di kursus RC pulak yer...


...............................................

No comments:

Post a Comment

jejak anda