Wednesday, July 31, 2013

nasib badan...

abis kursus aku ikut en bunga api balik pahang. mek suruh pegi rumah mak ngah kat maran. hari ahad baru balik kl. pegi rumah abang aku kat klang. duduk sini dulu sebelum g rumah abg long. mingg depan kot pegi rumah abg long. weekend ni nak ikut abang balik perak. merempat!

semalam teringin nak makan mee udang.memang aku yang nak masak sendiri tapi mana la aku tau bahan-bahan nye ape,  jadi SIL aku yang masak kan.hehe...tq sis.aku tolong-tolong je la...
hari ni tak tau lagi mengada nak makan ape...

SIL aku ni baik sangat. layan aku macam aku ni adik dia sendiri jer. bagi itu, bagi ini kadang-kadang kalu dia tak bagi pun, memang aku yang mengade mintak..hehe..

nasib baik la kan, adik-adik en bunga api seme nye laki klu la ade popuan dan mengade lak macam aku, haih padan la muka aku kan...

kalau dengan kakak ipar yang lain macam k.ngah ngn k.shiela tu aku memang tak rapat la. hehe.segan. dengan kak long ok la.boleh jer duduk sembang. boleh jer lepak rumah k.long dengan perangai malas :) 

gambar yang tiada kena mengena dengan entry. redho je la ey.

ok -bai!

................

Thursday, July 25, 2013

jejak kasih

3 hari berkampung di Kem Permata Resort, Alor Gajah. kali ini untuk kursus Kenegaraan - Elemen Daulat. sub Modul Malaysia Berdaulat-Lahad Datu suatu ikhtibar. yang seronok nyer dapat jumpa member satu kem setelah sebulan lebih bercuti. boleh jugak lah berbuka, bersahur sama-sama. 

jumpa gak member-member tot CB, tot pekerti dan IHT KN. ingat-ingat lupa je dorang ni. dah salam-salam pastu diam.haha. punya la nak teka nama sebelum dorang igt kan aku nama dorg.itu yang terdiam seketika :)

enjoy jer kursus ni, banyak info yang dapat tentang peristiwa lahad datu sabah.





geng Naga Berapi 
posing sebelum bergerak balik ke destinasi masing-masing


majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh 
Dato' Hj Abdul Hadi bin Awang Kechil 

Tuesday, July 23, 2013

Monday, July 22, 2013

tiada rezeki ku...

Sudah berkhemah di jinjang utara. esok mek akan bertolak ke mekah menunaikan ibadah umrah. Tiada rezeki aku nak ikut sama.tiada mahram selayaknya utk menemani aku ke sana. sedeh sbb nyer mek mungkin raya sana. aku tak tau la nak merempat ke mana raya nanti.

Tuesday, July 16, 2013

flaming Steamboat Sunway

happy kot bila semua yang aku sayang boleh duduk semeja dan buat sepah macam ni.
 :)

gendang gendut tali kecapi, 
kenyang perut suka hati.
lokasi : flaming Steamboat Sunway




tapi kesian tak cukup korum. suraya yang snap pic ni...

cerita lama baru nak kongsi kat sini...
hegeh-hegeh. 



...................................................

Sunday, July 14, 2013

hidayah Ramadhan 1434...

makanan hari ini. Alhamdulillah kenyang sampai waktu berbuka :)
Sejak mek ajak pegi umrah, aku baru la terdetik nak belaja mengaji semula. huhu. sebenarnya dah lama juga la aku cari tempat nak mengaji dan kebetulan rezeki terjumpa dengan seorang kakak ni dia yang cerita pasal satu sekolah tahfiz yang ade kelas mengaji. dan kebetulan cuti kali ni agak lama jadi sempat lah aku meluangkan masa ke situ.

terima kasih umi yang sedia menerima aku di situ...hanya Allah yang mampu membalas jasa dan budi baik umi sekeluarga.


"Ya Allah ya tuhan ku, Sesungguhnya aku ingin naik umrah, maka permudahkanlah, terimalah, berkatilah (amalanku). Sesungguhnya aku naik umrah dan berihram kerana
Allah swt".

flight 22hb ni tapi visa belum dapat. doakan aku dan keluarga dapat menjadi tetamu tanah suci di bulan Ramadhan kali ini.

................................
 

Saturday, July 13, 2013

4 ramadhan

Alhamdulillah. dah hari keempat puasa. hari ni memang letih. lepas solat zohor melepek atas katil.aku mmg hari2 letih. hehe... Mek puasa penuh hari ni. semalam pun dpt puasa penuh. alhamdulillah. 1st day dan 2nd day mek xdpt puasa penuh. pkl 5 dah bbuka.xlarat dia kata.xpe la...

 Tengah hari tadi abg long call. Dia bagitahu visa umrah tak dpt lagi. aku lagi la memang xdpt sebab xboleh mahram dgn abg long. Kecewa juga mdengar berita tu. buat mungkin belum ada rezeki aku. apa pun aku tak henti berdoa. buat solat hajat. Moga ada rezeki aku mjadi tetamu di tanah suci. 

Hari ni berbuka berdua jer dgn mek. 

..........................

Thursday, July 11, 2013

2 Ramadhan


Alhamdulillah, hal urusan harta pusaka arwah aboh telah dibicarakan dan telah dipersetujui oleh semua yang hadir. sekarang cuma tunggu surat dari Pejabat Tanah untuk urusan seterusnya, alhamdulillah dipermudahkan.
 Lama juga lah nak tunggu dipanggil bicara. harta tak seberapa tapi yang menjadi masalah sebab semua anak arwah aboh adalah perempuan. itu yang terpaksa melibatkan bapa dan ibu saudara aku (adikberadik arwah aboh)

Selesai urusan, dah nak balik. along nak g KB, nak g kedai emas. so seme pakat nak pegi. naik kete, tetiba mek tukar fikiran. mek cakap nak balik masak. ptg nanti nak g berbuka rumah cucu sedara dia. huahaha...sentap lah aku sampai ptg....kesian.kena buli camtu jer la. mek pujuk, mek cakap nak pegi lain kali....

...............................




Wednesday, July 10, 2013

selamat datang Ramadhan


Ramadhan datang lagi. Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna untuk aku jalani. Pertama kali ramadhan tanpa aboh. sedeh sangat. Al-fatihah....semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orng-orang yang beriman.

sepupu aku juga telah kembali ke rahmatullah petang semalam.
di kebumikan pagi ni. kesian, 5 beradik itu telah yatim piatu....
takziah dan semoga tabah, anak-anak sepupu ku. dari Allah kita datang, pada Allah juga kita akan kembali. 
Al-fatihah...

.......................................

Monday, July 1, 2013

we



hinggaHUJUNGnyawaINSYAALLAH...

...................................