Monday, December 26, 2011

penghujung tahun

TIME MOVING SO FAST!

DAH HUJUNG TAHUN 2011.

DEMI MASA MEMANG MANUSIA BENAR-BENAR DALAM KERUGIAN....

SO APA PLAN TAHUN BARU???

........

Sunday, December 25, 2011

FROM WAN COLLECTION

AMIK BERKAT PEGI KENDURI KAWEN...
POSE DENGAN BUNTING PUN JADI LA...



KAT SURAU OPIS...:)


HATI KU MILIKMU



Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Saturday, December 24, 2011

NEW PLACES




NI LA WORK STATION AKU YANG BARU....


OMBAK RINDU



Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku…



KERANA OMBAK RINDU...4 KALI AKU TERJAH PANGGUNG WAYANG!

FINALLY SEMPAT LA 2 KALI TENGOK...ALHAMDULILAH.

MEMULA TENGOK NGN GF AKU. PASTU REPEAT TENGOK DENGAN AMIR.
AKU SAJE JER NAK KENA KAN DIA SEKALI MEMANG DIA NAK TENGOK JUGAK SIAP TOLONG RESERVE KAN TIKET....ANYWAY THX A LOT!

Sunday, December 18, 2011

hadir seketika...

KEHIDUPAN AGAK SERABUT. AGAK HURU HARA. ENTAH BILA LA AKAN REDA...


KELUARGA.
KAWAN-KAWAN.
KERJA.
BRACES.
:)

4 PERKARA YANG TETAP MENJADI KEUTAMAAN.

GUD NEWS...ANGAH AKU DAH DELIVER! BERTAMBAH LAGI KOLEKSI TEADY BEAR AKU. TAK SABAR NAK BALIK LENYEK....

BABY TUNGGU..NEXT MONTH CIKSU BALIK....

Tuesday, December 13, 2011

JALAN-JALAN RELEASE TENSION...




WARGA MALAYSIA YANG PERAMAH...


JUST 3 OF US

PINJAM SINGBORD SUDA...


SAPE-SAPE NAK TOMPANG MEH LA...

ASAL BOLEH JER ...


MACAM BESA LAH. POSE TAYANG BONTOT...

Wednesday, November 30, 2011

KONVO NOLIEY AZIZ

TAHNIAH KAK!....


HER BROTHER...IZAT AZIZ..


ME-NOLIEY-RUSWA...@ PICC.29 0CT 2011


Sunday, November 27, 2011

KUANTAN...

TEMPAT WAJIB PEGI. HA HA....

SEBELUM GERAK BALIK SUBANG, ROUND BANDAR KUANTAN DULU LA...

PERSANDINGAN DI KUANTAN


ESOK PULA MENCEMAR DULI KE KUANTAN. ATTEND WEDDING ABG MIRAN.JUGAK OUR OPISMATE. ...

KIRE SIRI JELAJAH PANTAI TIMUR LA KITE ORG NI....

Saturday, November 26, 2011

PERSANDINGAN...

OPISMATE YANG MENCEMAR DULI KE MAJLIS PERSANDINGAN ...

TENKIU LA KORANG SANGUP DATANG DARI JAUH....

Friday, November 25, 2011

ANAK HAJAH

SUDAH SELAMAT DIIJABKABULKAN ANAK HAJJAH AKU NI....AKU TETAP DISISI TUMPANG HEPI.AMIK BERKAT ...

Wednesday, November 16, 2011

singgah sebentar...

Alahai....dah lama sangat tak update.jadi rasa macam sangat malas...

doakan aku dapat hidayah semula untuk meniap....

Thursday, November 3, 2011

blog bersawang...

agak lama tak menjenguk blog.
kebizian.

aku tak lagi menganggur. sekarang sudah kembali berkerja. tidak lagi bidang grafik.kejauhan menyimpang.sebab tu la agak sbuk.sibuk benar dengan tugas baru.(perh ayat!)

kerja grafik tu aku akan buat secara parttime aje la.itu pun kalau ade jobs. susah la buat keje macam tu.rasa macam kena main jer dengan dorang.keje nak cepat je tapi membayar kemain menyiput....takpe la sesapa yang mebuli aku tu, tunggu la masa kejatuhan korang nati.satu masa nanti korrang akan rasa apa yang aku rasa sekarang.tunggu jer...
(eh apa yang aku merapu ni)

esok la smbung cerita...

Sunday, October 9, 2011

bergembira lah!

semua orang di dunia ini ada masalah tersendiri. lautan mana tak bergelora, kan? tapi jangan jadi kan itu alasan untuk berduka.untuk menyendiri. tak ada masalah yang tak dapat diselesaikan....




hidup ini singkat. kita juga tak tau bila masa akan dijemput Illahi. jadi jangan senang sangat untuk berduka. jangan senang sangat nak melara hati.

sangat rugi la kalau sepanjang masa dan berduka...senyum dan bergembira lah!



tengok ni. wajah-wajah hepi.
dalam hati gelora tak sapa tau.
tapi itu tak perlu pikir sangat.

hidup hepi. wajah pun awet muda. he he...

menghargai orang yang rapat dengan kita adalah cara terbaik untuk bergembira. dengan mereka lah kita harus menikmati hidup ini. bergembira dalam duka, bergembira dalam ketawa. itulah namanya kawan rapat!. dan hargailah mereka sementara masih ada kesempatan :).

sesekali berselisih faham tu adat la berkawan. sedangkan lidah lagi tergigit. tetapi jangan amik port sangat. kitakan kawan.



bergembira..lah!














Tuesday, October 4, 2011

rilex je beb...

its complicated life....

kawan.keluarga.kerja.

ah.payment freelance belum dapat. memang dah sengkek ni. lusa ada an oppointment dengan dr tan. my dentist. bayaran untuk etika dan ambank....duit tket bas 2ways. yup...perlukan duit untuk setelkan 4 payment penting tu...

ah kenapa perlu membebel di sini???

rilex.
tiada masalah tanpa penyelesaian.

rezeki Allah ade di mana.

bertabah lah.

bertabah...

:)

Friday, September 23, 2011

Taiping...

menghadiri majlis kahwen member opis my gf. kat taiping sana ....


gambar berjemaah opismate gf aku. tak paham kenapa perlu serbu ketika pengantin mau makan.
walhal, diri sendiri juga sangat lapar masa ni.....
kejadian gelas pecah hingga ketawa tutup mulut-suraya! dan yang lain-lain tetap maintain senyum lebar....

di sekitar tasik taiping. sedang menikmati keindahan petang, di ajak bergambar bersama-sama pengantin. memang tidak melepaskan peluang lah...apa lagi....

ops....kawan-kawan yang sudah terover.
sori yer..
pandai-pandailah cari mana satu pengantin perempuan.

ini bukan kubur...tapi tugu peringatan

ini macam biase lah...selftimer using.


well, memang enjoy....



Sunday, September 18, 2011

pesanan bekas kekasih...

hi hai...

malam itu bedating dengan ex-boipren.ha ha. aku main petik jer. malam itu jugak dia terus muncul. sanggup pulak kan dia datang.ntah lah!

biasalah kalau dengan dia, aku jadi behave gile! ha ha,terus jadi pendiam. sepatah dia tanya, sepatah la aku jawab. dia pun sama.dah cakap slow ajer.alahai...

tapi aku suka bila dia cakap "awak ni kurus je".

he he...


....

ye la wei.dah dari dulu ko selalu pesan...'jangan makan banyak, nanti gemuk'.

wah-wah.ingat sampai sekarang tu...

Thursday, September 15, 2011

tiru...

wei ..aku tiru kau...

makan mangga muda lepas makan nasik.

harap-harap dapat potong lemak.









Thursday, September 8, 2011

akad nikah ...

~amik berkat~

majlis akad nikah anak sepupu aku, kat masjid sg pas, kuala krai kelate. aku biase la ngn dress up yg tak bape nak siap ni. malas weh nk bersiap-siap melawa. susah dengan anak-anak katenya. alasan tak agak-agak...

dengan baju kurung yang dah berkurun tu, tapi still nampak baru. nampak sangat jarang di pakai...dengan selendang lama mak aku. my niece cakap...'alas meja'...nak jugak aku cepuk tapi aku boo layan...

apa pun..selamat pengantin baru anis....semoga berbahagia selalu....


Wednesday, September 7, 2011

kawan.kenapa mau lawan...

kawan baik aku.
aku kenal dia...
sebelum aku mengenal A.B.C.
sebelum aku mengenal 1, 2, 3.
sebelum aku mengenal Alif, Baa, Taa...

sama-sama kongsi makan.
sama-sama kongsi minum.
sama-sama main sampai lupa siang malam.
sama-sama kongsi kisah suka duka.pahit manis hidup.
sama-sama membesar sebagai anak petani. bergelumang pasir, selut dan debu...

namun...
aku tidak hadir pada hari pertunangannya...
aku ralat di situ!
tuntutan kerja dan kekangan masa.
alhamdulillah...dia kawan yang memahami.

juga masa pernikahannya...
aku tak mampu untuk temani dia.
masa persandingannya...
dia tercari-cari aku. tapi aku tiada.
maaf!
aku tak mampu.

sungguh aku rasa kehilangan.
aku rasa kehilangan!

selamat pengantin baru sahabat....

Tuesday, September 6, 2011

semangat raya...

~famili~

haih.baru dapat update! agak lama menyepi. gara-gara berukband tak berbayar!.

sudah seminggu 1 syawal berlalu. tapi semangat raya tetap ada. manusia macam ni lah! aku ni berada di tesco puchong. baru aje pergi office lama. ambik corection buku rundingan baling. entah bila dapat aku siapkan ni.haih....perangai lama masih ada. 'M' besar sangat kata Puan Gina.

alahai.kenapa perlu merapu macam ni?

nway...selamat hari raya kepada semua ...


with my niece-afiqah!
~sg pas kuala krai~ tudung alas meja kata izzah & irfah.

Tuesday, August 16, 2011

ramadan 16

syukur pada Allah dgn rezeki yg mencurah2..., terimakasih jgk pada mek aboh serta kakak2 n abang2 yg dermawan!

alhamdulillah

Thursday, August 4, 2011

ramadan 4 dan terawih kelima

alhamdulillah...dan 4 ramadhan.kejap aje kan. alhamdulillah jugak, malam ini ai sempat pegi masjid. solat terawih malam kelima ramadhan. uish...dah lama ak pijak tangga masjid kampung sendiri. nasib baik ade mak cik yang masih kenal ai. masuk jer masuk, bentang sejadah, dia terus tegur..

mak cik : eh, tie balik bile?
ai : eh...dah beberapa hari....

ai sambung bentang sejadah dan trs buat solat sunat masjid. pastu terfikir gak pasal mak cik yang tegur tu..mesti dia tak tahu ai dah pindah balik kampung. mana tak nye, duk kampung ai memerap jer kat rumah. mana ada nak keluar sangat.

nway...mak cik tu, mak kawan ai. ade la ikatan saudara jauh-jauh. bau bau bacang.orang kata...memang ai ade plan nak g bertandang kat umah dia tapi dah balik malas pulak nak round kampung...segan sebenarnya....

solat isya berjemaah. ramai jugak yang memenuhi ruang solat wanita. yang muda-muda remaja ramai jer yang ai tak kenal...generasi baru kampung.

solat terawih ...tetiba ai terkenang seorng mak cik satu masa dulu. tengah2 berdoa, dia sentap.kaki tangan dia kejang. owh terus ai rasa hiba mengenangkan mak cik tu. baik orang nya. satu famili dia penah keje kat ladang bapak ai satu masa dulu. dan sekarang mak cik tu dah tak ada.dah arwah pun dia...
semoga Allah menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman.insyaAllah...

alhamdulillah...ai selesai terawih malam ni. moga ai akan terus rajin nak pegi terawih lagi...:)



Wednesday, August 3, 2011

3 ramadhan ...

hari ini sangat panas. ya Allah, ini baru panas dunia.panas akhirat nanti tak tau la macam mana kan...

hari ni ai baru start puasa. jangan nak tanya kenapa ai baru puasa! nasib juga pms datang awal.kalau tak, masak la ai nak menqada nye nanti...

1st day puasa, ya Allah dahaganya... semalam masa tak puasa takde la dahaga macam ni. dugaan!

jadi berbuka hari ni, ai cuma minum.minum banyak-banyak....
menu berbuka
air sejuk+kurma+buah tin+jus epal asam boi. bergelas-gelas ai minum. lagipun satu jug tu, ai sorg je minum.

ai tetap masak. tolong mek masak gulai daging.terliur giler.nasi tinggal sikit so ai ratah daging sahaja.sedappppp wooooo....takpe la sahur nanti ai makan nasik...



mari kita sama-sama kurangkan makan...

alamak.terawih belum pegi...








Tuesday, August 2, 2011

home sweet home


cinta ibarat ombak...
bergelombang,
tetapi tidak dapat digengam erat.




selamat berpuasa dan selamat mengerjakan solat terawih...








Sunday, July 24, 2011

ayat pinjam...

terbaca di blog sue anna joe. (pinjam sedikit ayat anda)

'Apa guna di sayangi ramai orang tetapi di benci oleh
ibu, bapa atau suami sendiri"


owh. terasa sangat berdosa. terus tadi call mek tnya kabar lebih kurang...nak tnya banyak takut banjir pulak.
dah lama saya bermain di luar. plan nak balik asik bertangguh. sibuk benar mengejar hal duniawi, sibuk hendak menjaga hati org lain sedangkan hati ibu bapa sendiri, bagaimana. dan tadi mek ade sebut 'balik la dulu baru kita cerita...


mek dah sebut tu. lagi la si rasa bersalah...

huawawa...nak balik.nak balik....

hati memang meronta nak balik. tapi last minute pegi janji nak pegi umh abg. hah sendiri tanggung la kan.sendiri kena la penuhi janji manis mu itu.....

ya Allah, memang rasa berdosa gile ni.....

p/s : tadi layan cite 'aku bin abdullah" astro prima pukul 10pm-12am. ya Allah nak menitik air mata ni hah....

gigi ku.bukan gigi mu

tara...ini masa jalan-jalan kat melaka.
~hidung kembang~ jangan kutuk...


1st day...


2nd month...
(abaikan 'today' tuuu)



3rd month...



patut nye lastweek kena jumpa dentist,tapi saya masih kat kl.so pospone esok. ah esok pun xdapat pegi.sebab saya masih di kl. masih ade urusan kerajaan yang belum settel. ah pospone lagi...harap sempat jumpa dentist sebelum puasa. perlu tukar besi n getah. dah plan nak pilih colourfull.nak buat raya.. hegeh-hegeh jer kan...


p/s. alamak gambar 1st month lupe amik la...


dating

~feeling macam kat oversea pulak.~





1st time sampai sini...
somewhere at putrajaya with su n amoi. taman awam kat percin 5. berdekatan dengan PICC.
cuaca redup best pulak berjalan-jalan.terasa tak mau pulang.

nexttime we all promise nak repeat.bwak bekal mesti lagi best!

berlagak pandai...

sangat pandai bila tunggu bas nak pegi jinjang.

kebetulan my daling yati teman saya tunggu bas, dia suh call tnya abg long tapi degil tak nak.dgn konfident jawab


'aku dh penah tunggu bas tu kat sini. no dia aku xigt tapi dia ade tulis, jinjang utara-taman beringin"

berjam-jam lamanya tunggu tapi bas yg di tunggu tak tiba-tiba. maka berjalan-jalan lah saya mencari bas itu.

eh ade pun bas pegi jinjang utara, masuk ke taman beringin.dekat area central market ...

owh rupanya bas no 222 tu tak lalu sebelah sogo la. dia lalu ikut dataran mendeka sana tu.

eh sebelum ni dia ade lalu tau...

kak long cakap 'itu mungkin laluan kat dataran kena tutup'

ha ha.akhirnya 8.30pm baru sampai umah no 74, jalan marudi 9 taman beringin.jinjang utara.

kawan-kawan saya selalu tanya...Jinjang tu kat ner???

ha ha...kat kl la. KUala lumpur senyuman mu...

:)

Thursday, July 21, 2011

cubaan...

cubaan...memandu kerete berkuasa manual. agak cuak.memandangkan sudah beberapa tahun tidak memandu kerete manual...pusing parking flat jer la...

dan ai tabik spring pada wanita2 yang boleh drive kete manual.terutama di kl ni...hebat la korang....korang memang ratu hati ku..

agak-agak kena masuk kelas memandu balik ke ni???

Wednesday, July 20, 2011

di mana di mana



lagu fav baby. tapi dia cuma igt

'jangan jangan kau pergi.
jangan jangan tinggalkan aku.."

so sweet. ai ade record dgn c3,nti la upload...



Monday, July 18, 2011

ungu-percaya padaku[HD] video clip




saya tak emo...cuma mungkin saya lapar jadi hormon tak stabil...
percaya padaku....

Sunday, July 17, 2011

kali ke-4!

Jacobs Walk of Life (JWoL) 2011
Taman Botani Negara (Bukit Cahaya Shah Alam)
17 julai 2011



ini kali ke-4 pegi JWOL. tahun ni paling tak best kot. ntah la memang tade mud nak berjalan. memula tu memang xcited la.macam tahun2 lepas tapi....mungkin sebab tempat yang sama, ai dah tau track jalan so i n linda malas nak abiskan perjalanan hari itu. kitaorg jalan sikit jer pastu patah balik ke tempat pendaftaran.

terasa nak shi hi tapi toilet tade air. jadinya lagi la tade mud. nak snap pic pun tade mud sangat ...just duduk2 makan biskut sambil tunggu nak dapatkan goodies bag. lepas dapat goodies bag terus blah g seksyen dua shah alam. lunch ikan bakar kat situ....

a few pic yang sempat snap...









i geli tengok maskot2 ni....
siyes geli tgk bila dorang goyang-goyang...
nasib tade badut ..itu lagi ai geli
:)


ini perempuan memang kejam...
dia dah tau ai geli dengan maskot ni, dia lagi paksa ai snapkan pict.


ini budak kecik berjaya abiskan perjalanan...syabas!
senyum paksa je ni kot. almaklum la masa ni letih tnggu nak dapatkan goodies bag. pastu lapar. budak kecik ni mana boleh tahan lapar. :)


lelaki ini tunang budak kecik...
muke poyo tengah tunggu goodies bag :)

cute jer tengok adik ni pakai baju jacobs.
memang jacobs tak buat size kanak-kanak.




ini kat parking rumah flat kami.
lepas kekenyangan baru ade mud nk bergambar bertiga...

begitu lah ceritanya....

Saturday, July 16, 2011

spoil!



aku tak suka ko 'like' wall aku.
aku tak suka ko 'like' gambar aku.

aku tak suke ko comment wall aku.
aku tak suka ko comment gambar aku.
aku tak suka ko 'tegur' aku kat fb!

ko betul-betul dan spoilkan mud baik aku!!!!



Thursday, July 14, 2011

floria putrajaya

antara pic yg elok di share di sini...

:)

yang lain bukan la tak elok tapi malas lor nk upload seme.satu cukup lah!









Thursday, July 7, 2011

teruja

ok.finally hajat sudah dipenuhi.

moga tido lena.heh.almaklumlah akaun suda kosong!

tadi petang sudah membuat tangkapan di plaza low yat...

lappy sudah berada di depan mata....

syukurrr....

teruja tau!

tara...

ini dia. dah jadi milik ai. tetibe jer kan....memula nak amik dell. dah usung pamplet dell tapi sampai low yat terbeli yang ni. belasah jer la....janji ade...

Tuesday, July 5, 2011

pesanan kepada diri sendiri

HORMATI hak orang lain dan BERSABARLAH...

status kat wall fb.

ade seorg kawan tanya

"perli ke???"

sori. saya tak perli sesiapa. ini pesanan untuk diri sendiri...


-

-

-