Wednesday, May 22, 2013

distributed for aboh Hj Mat Husin bin Awang...


aboh admit 31 julai. bersamaan 10 ramadhan.masa ni, aboh tak benarkan aku ngn mek teman dia kat hospital. jadi aku dengan mek ulang alik jer la dari rumah. penat jugak tapi demi aboh. kita org bertabah.
hari pertama admitted

sehingga raya aboh masih ni wad. kali pertama sambut raya di hospital. aku hepi jer raya kat mana-mana, janji mek ada. masa ni memang dah stay 24 jam kat wad jaga aboh. org pertama sampai hospital ialah famili abg long.
hari raya di wad
ketika masih sehat. qaisara la paling rapat dengan aboh. qaisara memang rapat dengan aboh, dia akan pilih aboh daripada aku. memilih betol budak gemok tu...
sempat bermain dengan cucu
kunjungan Dato ...terkejut gak tetiba sampai. aku memang tidak dimaklumkan ape-apa pasal kedatangan dato.

kunjungan Dato Dr Awang Adek


saat ini sangat kritikal. aku ngn along tak henti baca kan al-quran ditelinga aboh. masa ni memang sangat gentir. nafas aboh dah turun naik. kalau boleh aku nak gantikan aboh....


hari terakhir. disaat kritikal.
4 Nov 2012, 9.15am. aboh menghempuskan nafas terakhir
 
akhirnya aboh pergi. pagi yang syahdu itu, hanya aku bertiga. dengan along dan abg long di hospital. aku tabahkan hati terima dengan redha. relakan aboh pergi waalupun dia tak akan kembali. aku menangis di kaki abg long. abg long tenangkan aku. sungguh pun ujian ini terlalu sukar untuk aku terima. tapi ini lah hakikatnya. ketika hati merindui wajahnya, aku akan tengok gambar-gambar ini sendirian. air mata pasti setia menemani. hanya alfatihah dan doa untuk aboh. semoga roh nya tenang disana. 
di pusara aboh

pusara aboh

kawasan perkuburan

senarai rahmat hidup ku
modul budaya kerja
arogram untuk arwoh aboh

aku tahu selama aboh aku jarang ucapan terima kasih kepada aboh untuk semua yang di berikan kepada aku.sehingga lah kini aku tidak lagi berpeluang untuk bersama dia. aku bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menjaga aboh hingga ke akhir hayatnya. hanya doa dan alfatihah yang mampu aku kirimkan. rindu yang tiada noktah untuk Arwah...

Hj Mat Husin b Awang 25.8.1952-4.11.2012 HUSM Kubang Kerian


... ...................................................

No comments:

Post a Comment

jejak anda