Monday, May 13, 2013

bagai rumput ditiup sang bayu...

cuba gambarkan keadaan rumput yang ditiup sang bayu....bebas. aktiviti hari ini menjelaskan siapa aku sebenarnya. siapa sangka. aktiviti yang mudah ini, ya memang aku anggap aktiviti ni mudah, mudah bagi aku mengarahkan pelatih untuk melakukannya, hakikatnya aku sendiri pun tak pernah buat aktiviti ini. dan tadi aku berpeluang melakukannya bersama-sama rakan TOT CB dan rasai sendiri aktiviti itu. rupanya tidak lah seindah yang aku sangkakan...

aktivitinya begini. 
ada perebah dan penyokong.

perebah akan berada ditengah-tengah penyokong. perebah perlu melipat tangan, menutup mata, merapatkan kaki dan berkata:
perebah : nama saya _________.
saya pilih untuk rebah. adakah kamu bersedia.
penyokong : sedia
perebah : saya akan rebah
penyokong : rebah.

perebah akan merebahkan badan ke arah penyokong. penyokong perlu menyokong dan megerakan badan perebah mengikut arah jam dan berputar sebanyak 3 kali. kemudian bangunkan perebah. sekiraknya kaki perebah dibengkok atau tapak kaki terjongkit, di kehendaki mengulangi semula. itupun jika perebah mahu mengulangi aktiviti ini. 

aktiviti ini diulangi kepada semua ahli kumpulan kecil.

pengajaran disini, jika anda percaya yang rakan-rakan anda iaitu penyokong tidak akan menyebabkan anda jatuh jadi anda merebahkan badan dengan mudah. tetapi jika sukar untuk merebahkan badan di situlah menjelaskan anda sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain. memang mulut anda menyata kan "saya percaya anda" tapi hakikatnya....

dan itulah hakikatnya aku...itu ah yang terjadi kepada aku tadi. agak sukar untuk aku merebanhkan badan, bertapa aku tidak percaya kepada ahli kumpulan aku sedangkan pagi tadi semasa buat aktiviti gerak langkah percaya dengan senang aku menutukan 'saya percaya anda" dan bila buat aktiviti tadi menjelaskan siapa aku sehingga di tegur olehh fasi aku kelihatan ingin betul!

ya Allah memang selama ini aku tak sedar pun perkara ini ada dalam diri aku.

dan sejujurnya hari ini baru aku rasa berada di kelas CB. jika hari pertama hingga semalam 
"aku mesti" pergi kelas CB dan hari ini baru aku rasa "aku pilih" untuk ke kelas CB....
mungkin ini juga yang dirasakan oleh pelatih-pelatih selama ini yang tidak pernah aku selami perasaaan mereka...

.............................................


2 comments:

  1. pening abnyk sgt rebah

    ReplyDelete
  2. jangan kamu yg rebah sudah..hehehe..all the best

    ReplyDelete

jejak anda