Sunday, November 10, 2013

november!

november datang lagi. 4 november 2013 genap setahun arwah aboh pegi meninggalkan semuanya. yang tinggal hanya kenangan ...sekejap jer dah setahun.

balik hari tu, aku punggah baju-baju aboh yang masih mek simpan. punggah masuk loker aku. antara baju faberet aboh.biar aku simpan sendiri. ingat balik, aboh cerewet sikit nak beli baju. kalau yang anak-anak beli pun jarang la dia nak pakai. tapi kalau dah suka, baju tu la dia ulang pakai.

aboh jarang beli baju mungkin sebab kami orang susah. duit sikit-sikit ada nak bagi anak-anak makan.adik beradik aku ramai... tapi alhamdulillah, arwah aboh sempat senangkan hidup anak-anak dan isteri dia. rumah yang kami duduk sekarang adalah hasil titik peluh aboh sendiri. mana ada pun harta pusaka peninggalan arwah tok ayah kepada aboh. semua aboh usahakan sendiri. terima kasih aboh... terlalu banyak pengorbanan aboh untuk kami sekeluarga.terlalu banyak kasih sayang yang aku dapat dari aboh dan tak akan aku dapat lagi daripada orang lain..

aboh pergi tak sempat walikan aku. tinggal aku sorang saje yang terpaksa mintak wali dengan bapa saudara. abang arwah...

aku buat-buat tabah. padahal, tengok itu teringat dia, tengok ini teringat dia. mula la nak sebak. hanya doa dan alfatihah yang mampu aku kirim buat aboh....

apa pun aku redha dengan perpisahan ini kerana setiap yg bernyawa pasti akan berakhir dengan kematian.

rindu tiada noktah. alfatihah~


No comments:

Post a Comment

jejak anda